Drama 28 Hari Mencari Cinta (Slot Lestary Di TV3)

Drama 28 Hari Mencari Cinta Slot Lestary Di TV3

Selepas Gila-Gila Cinta, drama romantik komedi 28 Hari Mencari Cinta akan mengisi slot Lestary bermula 23 Disember 2021 di siaran TV3.

BACA : Drama Bersiri Saat Kau Takluk Cinta Ini Di Slot Samarinda TV3 (Serta iQIYI)

Drama bersiri 13 episod ini merupakan terbitan Orangetree Production Sdn. Bhd daripada penerbit Jaspal S. Korotana, diarahkan oleh Ken Kin, nukilan skrip oleh Adib Zaini dan Amin Shakib.

Menampilkan pelakon-pelakon popular Malaysia seperti Aiman Hakim Ridza, Hanna Delisha, Ameerul Asyraf, Elly Ariffin, Muaz Fitri, Khaty Azian, Aleza Shadan, Fiza Thomas dan ramai lagi

Drama 28 Hari Mencari Cinta Slot Lestary Di TV3

Sinopsis Drama 28 Hari Mencari Cinta

28 Hari Mencari Cinta mengisahkan Faisal (lakonan Aiman Hakim) yang bertemu kembali dengan Saleha (Lakonan Hana Delisha) dan ianya telah membuka memori lama mereka sebelum ini.

Faisal sebelumnya tetap menanti Saleha setiap tahun walaupun Saleha sudah menjadi tunangan orang lain sebelumnya. Namun Faisal percaya takdir akan menyatukan cinta mereka kembali.

Faisal tahu Saleha tidak menjadi tunangan orang lain dan membuat keputusan untuk bercinta semula dan cuba mendapatkan hati Saleha semula.

Saleha telah memberi syarat kepada Faisal dengan bagi tempoh selama 28 hari kepada Faisal untuk mencari kesilapannya sebelum ini dan juga menjadi punca percintaan mereka terputus satu masa dulu.

Faisal resah memikirkan kesilapannya dan juga mengingat semula salah silap yang pernah dilakukan kepada Saleha. Dapatkan Faisal mendapatkan cinta hati Saleha yang terlepas sebelum ini?

Drama 28 Hari Mencari Cinta Slot Lestary Di TV3

Waktu Bersiaran

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan 28 Hari Mencati Cinta bermula 23 Disember ini, setiap hari Rabu hingga Khamis, 9.00 malam menerusi slot Lestary TV3 atau secara online di Tonton.

Jika terlepas, anda boleh saksikan semula drama ini menerusi Youtube Drama Sangat sejurus selepas habis tayangan di televisyen dalam hari yang sama juga.

Post a Comment

Previous Post Next Post