Tahniah Idris Brown Juara All Together Now Malaysia Untuk Musim Pertama Tahun 2021

Tahniah Idris Brown Juara All Together Now Malaysia Untuk Musim Pertama Tahun 2021

Tahniah kepada peserta Idris Brown dinobatkan sebagai juara All Together Now Malaysia (ATNM) musim pertama tahun 2021 mengalahkan 17 peserta finale akhir yang lain.

Bukan itu sahaja, peserta ini juga memperoleh markah maksima 100 markah bermula pusingan pertama, pusingan akhir dan juga sing-off sekali gus dinobatkan sebagai juara.

Idris Brown telah mengalahkan 2 lagi peserta dalam pusingan Sing-Off iaitu Dem Lepak Boyz dan Pancit Sitaya.

All Together Now Malaysia telah sampai ke peringkat akhir bagi mencari juara musim pertama dalam program realiti tv terbaru astro untuk tahun 2021.

Seramai 18 peserta telah berjaya ke peringkat akhir ATNM daripada 200 lebih peserta yang hadir pada pusingan awal sebelum ini selama 9 minggu.

Kini minggu kesepuluh, 2 peserta dengan markah tertinggi sebelum ini berentap sekali lagi dipentas yang sama bagi merebut hadiah wang tunai sebanyak RM50,000.

Barisan peserta diadili oleh 50 juri bagi mendapatkan markah setinggi yang boleh atau markah maksima sebanyak 100 markah dimana 2 markah mewakili bagi setiap juri.

Sherry Alhadah bertindak sebagai hos utama, manakala Dato' AC Mizal bertindak sebagai kapten juri yang bertindak memilih peserta yang layak ke konsert akhir sekiranya markah mereka sama.

Antara 50 juri lain seperti Zizan Razak, Erra Fazira, Syamel, Zizi Kirana, Ainaa Abdul, Liza Hanim, Khai Bahar, Mark Adam, Siti Nordiana, Sissy Iman dan ramai lagi.

All Together Now Malaysia telah berlangsung selama 10 minggu yang disiarkan setiap hari Ahad jam 9.00 malam di Astro Ria 104 dan Astro Go

Post a Comment

Previous Post Next Post