Pemain Malaysia Dalam Kejohanan Irish Open 2021

Pemain Malaysia Dalam Kejohanan Irish Open 2021

Irish Open 2021 atau dikenali sebagai AIG FZ Forza Irish Open 2021 bakal menampilkan barisan pelapis muda bagi sukan badminton dari seluruh dunia termasuk Malaysia.

Kejohanan ini akan berlangsung di National Indoor Arena, Dublin bermula 17 November hingga 20 November 2021 dan bakal memberikan mata bagi membaiki kedudukan ranking dunia untuk setiap pemain.

Selain daripada mata rangking, tournament ini juga menawarkan hadiah wang tunai secara keseluruhan bernilai USD 15,000 (~RM63 ribu).

Jika pemain utama negara sedang bertarung bagi kejohanan badminton Indonesia Masters dan Indonesia Open, pemain pelapis negara akan bertarung di gelangang bagi kejohanan Irish Open 2021.

Senarai Pemain Malaysia Dalam Kejohanan Badminton Irish Open 2021

Malaysia telah menghantar pemain negara bagi setiap kategori yang dipertandingkan untuk kejohanan kali ini.


Perseorangan Lelaki

  • Soong Joo Ven
  • Ng Tze Yong (BAM)
  • Iskandar Zulkarnain
  • Leong Jun Hao (BAM)
  • Aidil Sholeh (BAM)
  • Yeoh Seng Zoe [Q]
  • Misbun Ramdan Mohmed Misbun [Q]
  • Muhammad Izzuddin Shamsul Muzli [Q]
  • Lim Chi Wing [Q]
  • Lim Yik Shen [Q]
  • Tan Jie Jie [Q]
  • Tan Jun Yi [Q]

Perseorangan Wanita

  • Myisha Mohd Khairul [Q] (BAM)

Beregu Lelaki

  • Man Wei Chong/Tee Kai Wun (BAM)
  • Arif Junaidi/Muhammad Haikal (BAM)

Beregu Wanita

  • Low Yeen Yuan/Valeree Siow (BAM)

Beregu Campuran

  • Tan Yi Han/Ng Qi Xuan

Anda boleh dapatkan jadual dan keputusan penuh bagi setiap perlawanan yang melibatkan pemain Malaysia dan negara lain menerusi laman web BWF di bwf.tournamentsoftware.com

Semoga berjaya Malaysia!

Post a Comment

Previous Post Next Post