Senarai Peserta Akhir All Together Now Malaysia 2021

all together now malaysia 2021

All Together Now Malaysia (ATNMY) merupakan sebuah program pertandingan nyanyian yang diadaptasi daripada program antarabangsa 'All Together Now' berasal dari United Kingdom.

Malaysia menjadi negara ke-17 di dunia selepas program ini mencipta fenomena di serata dunia seperti Australia, Rusia, Turki, Brazil, Norway, Denmark, Perancis dan banyak negara lagi.

Dalam program ini, nyanyian peserta akan diadili oleh 50 juri yang terdiri daripada penyanyi, pelakon, pelawak, penyampai radio, influencer dan ramai lagi.

Senarai Peserta Yang Berjaya Ke Pusingan Akhir All Together Now Malaysia 2021
Mereka akan bangun dan setiapnya membawa kepada pungutan dua markah. Jika kesemua juri bangun, peserta berjaya mengumpul 100 peratus markah secara kesuluruhan.

All Together Now Malaysia musim pertama disertai oleh hampir 250 peserta bagi memberi saingan yang terdiri daripada penyanyi solo, duo, trio mahupun berkumpulan.

Seramai 24 peserta mengambil bahagian dalam persaingan setiap episod untuk 10 minggu. 3 peserta dengan markah yang paling tinggi setiap minggu akan berada di atas podium.

Seorang markah tertinggi antara 3 peserta akan bergerak ke pusingan akhir (finale) dan 2 peserta lagi akan berentap sekali lagi dalam pusingan sing-off pada akhir rancangan.

Jadi jangan lupa untuk saksikan program All Together Now Malaysia yang bersiaran setiap hari Ahad jam 9.00 malam di Astro Ria yang dihoskan oleh Sherry Alhadad.

Peserta Yang Berjaya Ke Pusingan Akhir All Together Now Malaysia 2021

Berikut merupakan senarai peserta yang berjaya ke finale ATNMY bagi berentap untuk memenangi hadiah wang tunai RM50,000 beserta trofi.

Episod 1 : Ajoi Zainal dan Najua P. Ramlee

Episod 2 : Ash Fasryll dan Saiful Anwar

Episod 3 : Pancit Sitaya dan Deena

Episod 4 : Eryn dan Black Mask

Episod 5 : Kak Yaya dan Faisal Taufiq

Episod 6 : Syarfa dan Sahzuan

Episod 7 : Dem Lepak Boyz dan Irfan Daniel

Episod 8 : Marcus dan Syazmi Suhaimi

Episod 9 : Idris Brown dan Amal Fauzee

BACATahniah Idris Brown Juara All Together Now Malaysia Untuk Musim Pertama Tahun 2021

Post a Comment

Previous Post Next Post