Xiaomi Robot Vacuum - ROIDMI Eve Plus - Robot Yang Rajin Dan Kini Lebih Pintar

Xiaomi Robot Vacuum - ROIDMI Eve Plus

Robot vacuum kini sudah mendapat sambutan yang baik daripada pengguna terutamanya di Malaysia. Dari hari ke hari, sudah ramai pengguna mula dapatkannya bagi menggantikan kerja-kerja membersih sewaktu kita lagi sibuk bekerja.

Dengan perubahan teknologi masa kini, semakin hari kita dapat lihat pengeluar peranti mula menawarkan sebuah robot vacuum yang semakin pintar dan bertambah efisien dengan harga yang berpatutan. Mungkin inilah masanya untuk anda dapatkan sebuah robot pintar untuk kediaman anda.

Antara robot vakum terbaru yang diperkenalkan di pasaran keluaran Xiaomi adalah ROIDMI Eve Plus yang merupakan robot vakum yang mampu untuk membersihkan dan mengosongkan tangki habuk secara sendiri. Ini merupakan antara ciri dan teknologi terbaru diperkenalkan pertama oleh Xiaomi.

Spesifikasi Dan Reka Bentuk

ROIDMI Eve Plus menggunakan sensor generasi ke-4 LDS SLAM 40% lebih baik daripada generasi sebelumnya untuk mod navigasi. Ianya bergerak menggunakan gabungan antara sistem lidar dan juga laser untuk mengimbas sesebuah kawasan dalama rumah atau ruangan bilik.

Xiaomi Robot Vacuum - ROIDMI Eve Plus

Tambahan lagi, ianya turut dilengkapkan dengan 18 jenis sensor terbina bagi memberikan ketepatan pergerakan dan mengesan sesuatu kawasan bagi tujuan pembersihan. Dengan sensor ini, anda tidak lagi perlu khuatir untuk mengajar robot tersebut bagi lakukan pembersihan di rumah anda. Kesemuanya lengkap tersedia.

Kuasa sedutan robot vakum ini adalah 2700Pa dan mempunyai 300ml tangki bagi menyimpan habuk di lantai. Ianya juga dilengkapkan dengan 3 mod pembersihan iaitu menyapu, vakum dan mop. Ianya boleh berfungsi serentak untuk mop dan menyedut dalam satu masa.

BACA : 5 Robot Vacuum Terbaik Untuk Tahun 2021 - Robot Pintar

Berat ROIDMI Eve Plus ini adalah sekitar 3.6kg sahaja, yang mana tidak terlalu berat dan boleh diangkat oleh manusia. Selain itu, ianya didatangkan dengan kapasiti bateri sebesar 5200mAh. Manakala saiznya sebesar 350x350x98mm yang mana sebesar sebuah robot vakum lain yang ada di pasaran.

Manakala stesen pengecasan hanya seberat 2.7kg dengan saiz 358x350x175mm dan mempunyai kapasiti tangki kumpul habuk sebesar 3000ml. Inilah antara ciri baru yang diperkenalkan bagi model ROIDMI Eve Plus ini iaitu sebuah tangki stesen yang bukan sahaja untuk port pengecasan tetapi untuk pembersihan diri-sendiri.

Xiaomi Robot Vacuum - ROIDMI Eve Plus

Dengan teknologi terbaru dan didatangkan dengan kuasa sedutan sehingga 2700Pa, ianya memudahkan kerja untuk menyedut habuk di lantai, kekacang bertaburan atau taburan rambut yang kadang kala susah untuk dibersihkan oleh kita secara sendiri. Ianya juga mampu untuk memanjat sehingga 2cm. Jadi boleh naik ke atas karpet anda juga.

Rekaan robot vakum ini sama seakan robot vakum yang lain. Pada permukaan atas, ianya mempunyai bonggol besar dengan diletakkan logo ROIDMI dan juga terletakknya sensor lidar padanya bagi mengesan halangan yang berada di sekeliling serta mengesan ketinggian sofa atau katil bagi tujuan pembersihan pada bahagian bawah. Ianya didatangkan dengan warna putih yang bersinar. Depan, kiri dan kanan juga ada sensor bagi mengelak halangan.

Fungsi Bersih-Sendiri (Self-Cleaning)

ROIDMI Eve Plus didatangkan dengan robot vakum dan juga stesen pengecasan sama seperti robot vakum yang lain. Tetapi hakikatnya ianya sedikit berlainan kerana stesen tersebut ditangkan dengan fungi 2 dalam 1 iaitu port pengecasan juga port pengosongan habuk dan pembersihan diri-sendiri.

Ya, kali ini, anda tidak perlu lagi mengeluarkan habuk daripada tangki robot vakum secara manual. Anda tidak perlu lagi bersihkan tangki tersebut daripada kekotoran. Kini semuanya dilakukan sendiri oleh robot vakum tersebut - kini lebih pintar.

Xiaomi Robot Vacuum - ROIDMI Eve Plus

Jika tangki robot vakum sudah penuh dengan habuk, ianya akan kembali kepada stesen dan segala habuk akan disedut masuk ke dalam tangki yang terbina dalam stesen tersebut. Dengan kapasiti sehingga 3L, selepas 10 kali 300ml tangki robot vakum sudah penuh, barulah anda boleh bersihkan tangki stesen tersebut.

Selain itu, ianya juga mampu untuk menapis bau dengan menggunakan filter HEPA dan Active Oxygen Technology. Jadi habuk, hama, mikrob dan bauan seperti rokok dan minyak wangi juga boleh ditapis sebelum memasuki tangki stesen pintar tersebut.

Ciri Pintar

Seperti yang dilaporkan oleh Xiaomi, dengan adanya teknologi pintar bersihkan diri-sendiri ini, ianya boleh bersihkan seluruh rumah anda walaupun anda tiada di rumah untuk waktu sehingga 2 bulan. Ini kerana, tangki habuk robot vakum boleh dikosongkan dengan sendiri. Jika tangki habuk stesen sudah penuh, anda akan dimaklumkan menerusi aplikasi ROIDMI atau MIJIA yang boleh dikawal menggunakan wifi daripada jauh.

Dengan aplikasi ini, anda boleh kawal mod pembersihan, anda boleh tetapkan jadual bila robot vakum itu bekerja dan melihat trek pembersihan sekali gus menghasilkan peta bagi tujuan pembersihan di masa akan datang.

Xiaomi Robot Vacuum - ROIDMI Eve Plus

ROIDMI Eve Plus cukup pintar untuk mengesan halangan dengan adanya 18 jenis sensor yang terletak disekeliling badan robot vakum tersebut. Ianya juga membantu untuk mengingati halangan bagi setiap bilik dengan perbezaan keadaan.

Ketika proses pembersihan berlangsung, tiba-tiba robot vakum kurang kuasa, ianya akan kembali kepada stesen secara automatik untuk pengecasan. Jika sudah selesai, ianya akan sambung semula pada tempat terakhir yang ditinggalkannya. Jadi tak perlu robot vakum tersebut buat kerja dua kali dengan sambung dari awal - semakin pintar.

Jadi segala tugas menyapu, mengemop dan menyedut habuk dan hama di atas lantai menjadi semakin mudah. Anda tidak perlu pantau. Anda kini boleh lakukan tugas harian seperti biasa dan dalam masa yang sama rumah anda bersih dengan bantuan robot vakum.

Xiaomi Robot Vacuum - ROIDMI Eve Plus

Kesimpulan

Robot vacuum daripada Xiaomi Roidmi ini amat mudah digunakan. Seusai keluar daripada kotak, anda sambungkan sahaja robot vakum bersama aplikasi ROIDMI dan kemudian caj terlebih dahulu sebelum menggunakan dengan kapasiti bateri penuh.

Jika anda tiada masa untuk membersihkan ruang rumah anda kerana kesibukan kerja harian. Anda boleh mengupah 'orang gaji' untuk bersihkan untuk anda. Antara calon yang sesuai dijadikan 'maid' adalah robot vakum yang dijual sekitar RM1500 - BELI DISINI.

Xiaomi Robot Vacuum - ROIDMI Eve Plus

Dengan ciri pintar seperti stesen pengecasan berserta bersihkan diri-sendiri, sensor dan sistem lidar yang mampu untuk mengesan halangan dan buat kerja pemetaan, bateri kapasiti yang besar, 3 mod pembersihan dan sambungan ke aplikasi pintar menjadikan ROIDMI antara robot vakum yang anda boleh dapatkan di pasaran.

Post a Comment

Previous Post Next Post