Cara Renew Passport Malaysia Secara Online Untuk Tahun 2022

Cara Renew Passport Secara Online Untuk Tahun 2022

Kini anda tidak perlu lagi menunggu dan beratur kerana urusan pembaharuan atau renew Passport Malaysia boleh dilakukan secara online dimana-mana sahaja melalui internet.

Keadah ini dilancarkan bagi memberi kemudahan kepada warganegara Malaysia untuk membuat permohonan pembaharuan pasport Malaysia tanpa datang dan beratur dimana-mana Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia.

Walaubagaimanapun, kaedah online ini hanya untuk renew sahaja. Manakala untuk permohonan pasport kali pertama, anda perlu hadir sendiri di Pejabat Imigresen atau Pejabat Perwakilan Malaysia jika di luar negara.

Kadar renew pasport Malaysia adalah seperti berikut:

  • Permohonan biasa 13 - 59 tahun : RM200
  • Warga Emas (60 tahun keatas) : RM100

Jika layak, anda boleh renew pasport tersebut.

Syarat Permohonan Renew Pasport Malaysia

Permohonan untuk renew pasport Malaysia mesti berumur 13 tahun keatas yang telah dikeluarkan dengan e-pasport (pasport bercip).

  1. Hanya penjaga yang sah telah memberi kebenaran semasa permohonan yang terdahulu dibenarkan membuat permohonan secara atas talian bagi pemohon di bawah umur 18 tahun
  2. Pemohon perlu hadir sendiri untuk mengambil pasport dengan perlu bawa kad pengenalan, pasport sedia ada dan resit bayaran. Tiada wakil dibenarkan
  3. Pasport pembaharuan di dalam keadaan biasa sahaja
  4. Buku passport mestilah didalam keadaan baik
  5. Pemohon yang pasportnya hilang atau rosak tidak dibenarkan membuat permohonan secara online
  6. Seseorang warganegara yang berada secara tidak sah atau melanggar undang-undang diluar Negara adalah tidak layak untuk membuat permohonan pasport secara atas talian.
  7. Pemohon di bawah umur 18 tahun perlu membawa sijil kelahiran dan penjaga yang sah yang telah memberi kebenaran perlu hadir bersama

Ikuti langkah dan cara permohonan seperti dibawah

Cara Permohonan Renew Passport Malaysia

Permohonan pembaharuan pasport Malaysia secara atas talian boleh dibuat di portal imigresen https://imigresen-online.imi.gov.my/eservices/myPasport dan klik 'Setuju'

Cara Renew Passport Secara Online Untuk Tahun 2022

Kemudian pemohon perlu mengisi maklumat yang benar dan tepat di dalam ruangan yang disediakan dalam sistem. Pemohon juga mesti memuatnaik gambar atau foto bersaiz pasport yang terbaru. 

Pemohon boleh memilih untuk mengambil pasport di pejabat pengeluar pasport selepas bayaran dibuat sama ada menggunakan kad kredit atau debit terus (FPX).

Tarikh dan masa pengambilan pasport ditentukan oleh sistem. Berdasarkan FAQ, sekiranya permohonan dibuat sebelum 3.00 petang waktu pejabat, anda boleh ambil pasport dalam hari yang sama. Sekiranya dibuat selepas 3.00 petang, anda boleh ambil pada hari berikutnya selepas 10.00 pagi.

Post a Comment

Previous Post Next Post