5 Robot Vacuum Terbaik Untuk Tahun 2024 - Robot Pintar

5 Robot Vacuum Terbaik Untuk Tahun 2023 - Robot Pintar

Antara peralatan rumah yang kini sudah mendapat tempat di Malaysia adalah sebuah peranti robot vakum yang mana semakin lama ianya menjadi semakin pintar dan lebih efisien.

Ianya boleh membantu anda bagi membersihkan ruang dan kawasan dalam rumah anda secara automatik tanpa anda memantau pun. 

Secara asasnya, robot vacuum ini akan membantu anda mengemop, mencuci dan menyedut segala habuk dan kekotoran atas lantai dalam satu masa. Ini akan menjadikan lantai rumah anda sentiasa bersih dan tiada lagi debu, hama atau rambut yang bertebaran.

{tocify} $title={Table of Contents}

Terdapat banyak pilihan robot vakum yang ada di pasaran ketika ini dengan kelebihan dan keistimewaan masing-masing.

Ada yang dijual dengan harga murah tetapi tidak efisien dan ada juga menawarkan dengan harga berpatutan yang pastinya memuaskan anda sebagai pengguna.

Kelebihan Robot Vacuum

Dengan adanya peranti pintar ini, ianya akan memudahkan kehidupan seharian anda dengan kelebihan tersendiri. Antara kelebihan robot vakum:

  • Adanya intelligent mapping. Ianya mampu untuk memetakan ruang kediaman anda bagi setiap sudut. Dengan itu, anda boleh tetapkan bila dan ruang mana ianya akan bekerja. Takdalah anda perlu buat kerja 2 kali untuk proses pembersihan.
  • Sambungan wifi. Vacuum cleaner lain mana ada fungsi ini. Hanya robot vaccum sahaja yang boleh bersambung dengan wifi dan sekali gus boleh dikawal seluruhnya menggunakan aplikasi sahaja. Boleh juga arahkan si robot bekerja walaupun daripada luar rumah anda
  • Automatic charging. Dia bekerja dan dia jugalah yang mencari 'makan' dengan caj dirinya sendiri. Anda tak perlu bersusah payah untuk caj manual seperti peranti-peranti lain. Jika kuasa bateri sudah kurang, ianya akan kembali sendiri ke stesen untuk pengecasan
  • Capai di ruang yang sempit. Antara kawasan yang sukar dibersihkan adalah di bawah sofa atau dibawah katil yang pastinya banyak habuk yang boleh membahayakan seisi keluarga. Dengan saiz ketebalan yang kecil, ianya mampu untuk menyelinap ke ruang kecil dan lakukan proses pembersihan.
  • 3 mod pembersihan. Robot vakum menyediakan 3 mod pembersihan iaitu menyapu, mengemop dan menyedut. Akan berlaku proses pembersihan serentak iaitu menyapu dan menyedut habuk. Kemudian diikuti dengan mengemop terus. Lantai anda jadi bersih dan berkilat la.

Jadi dah terpegun dengan kelebihan yang ada pada sesebuah robot vakum? Nak cari robot vakum terbaik untuk anda, boleh tengok senarai dibawah.

5 Robot Vacuum Terbaik Untuk Tahun 2024

Jadi untuk anda yang sedang mencari sebuah robot vakum bagi membersihkan rumah anda dikala anda bekerja. Anda boleh tengok sini senarai 5 robot vakum terbaik untuk tahun 2024

1)  Xiaomi ROIDMI Eve Plus

Xiaomi ROIDMI Eve Plus

ROIDMI Eve Plus mampu beroperasi dan membersihkan dirinya secara sendiri. Ia mampu untuk mengeluarkan habuk yang tersimpan di dalam tangki robot dan dipindahkan ke dalam stesen pengecasan secara automatik. Jadi stesen tersebut berfungsi sebagai pengecasan dan juga port pengosongan tangki dan pembersihan robot secara automatik.

Terdapat 3 mod terbina pada robot vakum ini iaitu mop, sapu dan sedut. Manakala kuasa sedutan adalah 2700 Pa yang mana antara tertinggi dalam senarai ini. Jadi habuk, hama, rambut dan kekacang mudah sahaja disedut oleh robot vakum ini.

Selain itu, anda boleh kawal melalui aplikasi ROIDMI atau MIJIA. Anda boleh tetapkan mod, buat pemetaan, semak kuantiti habuk di dalam tangki stesen dan sebagainya. Semua dihujung jari sahaja.

  • Mod kerja : Mop, Sapu, Vakum
  • Kuasa sedutan : 2700 Pa
  • Bateri : 5200 mAh
  • Saiz & Ketebalan : 350 x 350 x 98 mm
  • Aplikasi : ROIDMI / MIJIA
  • Waranti : 12 bulan

Harga RM1588 - BELI SINI

2)  Ecovacs Deebot T9

Ecovacs Deebot T9

Robot vakum model Deebot T9 ini mampu mengesan objek dan halangan dengan tepat kerana adanya teknologi TrueDetect. Dengan teknologi ini, tidak akan berlaku pelanggaran, sekatan atau gangguan ketika bekerja.

Selain itu, robot ini juga mampu mengharumkan udara yang didatangkan dengan 3 pilihan aroma iaitu cucumber & oak, wild bluebell dan bergamot & lavender. Ianya mampu bertahan sehingga 60 hari. Dapat menghilangkan bau yang kurang enak dan diganti dengan aroma wangi untuk kediaman anda

  • Mod kerja : Sapu, Mop, Vakum
  • Kuasa sedutan : 3000 Pa
  • Bateri : 5200 mAh
  • Saiz & Ketebalan : 353 x 353 x 93 mm
  • Aplikasi : ECOVACS Home
  • Waranti : 12 bulan

Harga RM1949 - BELI SINI

3)  Mi Robot Vacuum Mop P

Mi Robot Vacuum Mop P

Mi Robot Vacuum Mop boleh bekerja dalam 3 mod sama ada menyapu, menyedut dan mengemop dalam satu-satu masa. Ianya mempunyai kapasiti tangki yang besar iaitu 300ml untuk simpanan habuk dan 200ml untuk tangki air bagi tujuan mop.

Dengan teknologi laser LDS ianya mampu mengesan halangan dengan lebih tepat supaya tidak berlanggar dan juga mampu membuat peta bagi tujuan pembersihan di masa akan datang. Ada peta, ianya menjadi lebih mudah.

  • Mod kerja : Sapu, Mop, Vakum
  • Kuasa sedutan : 2100 Pa
  • Bateri : 3200 mAh
  • Saiz & Ketebalan : 350 x 350 x 94.5 mm
  • Aplikasi : Mi Home
  • Waranti : 12 bulan

Harga RM1049 - BELI SINI

4)  Roborock S5 Max Robotic Vacuum Cleaner

Roborock S5 Max Robotic Vacuum Cleaner

Roborock mempunyai 14 sensor bagi mengesan ketepatan halangan pada semua bahagian badannya termasuk mengenalpasti keadaan lantan sama ada karpet, mozek, lantai biasa dan sebagainya.

Oleh itu, ianya mampu untuk panjat sehingga ketinggian 2 cm dan secara automatik akan bertukar kepada kuasa penuh demi pembersihan yang menyeluruh terutamanya ketika berada di permukaan karpet.

Dengan adanya aplikasi Mi Home ini, anda boleh tentukan dan jadualkan bila robot vakum tersebut untuk bekerja. Jadi takda lah nak biarkan ianya bekerja 24 jam dengan kuasa bateri yang terhad kan.

  • Mod kerja : Sapu, Mop, Vakum
  • Kuasa sedutan : 2000 Pa
  • Bateri : 5200 mAh
  • Saiz & Ketebalan : 353 x 353 x 97 mm
  • Aplikasi : Mi Home
  • Waranti : 12 bulan

Harga RM1599 - BELI SINI

5)  ILIFE L100 Vacuum Cleaner

ILIFE L100 Vacuum Cleaner

Dengan laser LDS yang terbina, ianya mampu untuk mengesan jarak sehingga 8 m jauh dengan 360 darjah. Oleh itu, ianya memberi keupayaan untuk memeta sekali gus boleh merancang untuk pembersihan di masa akan datang.

Terdapa sehingga 6 mod pembersihan yang melibatkan sapu, mop dan vakum dalam pelbagai sudut, ruang dan kawasan. Jika berada di atas karpet, ianya akan menggunakan kuasa yang lebih bagi pembersihan

  • Mod kerja : Sapu, Mop, Vakum
  • Kuasa sedutan : 2000 Pa
  • Bateri : 2900 mAh
  • Saiz & Ketebalan : 330 x 320 x 95 mm
  • Aplikasi : ILIFE Home
  • Waranti : 12 bulan

Harga RM1099 - BELI SINI

Diharapkan dengan senarai ini, dapat membantu anda memilih robot vakum terbaik untuk kegunaan di rumah.

Post a Comment

Previous Post Next Post