Saksikan Maharaja Lawak Mega (MLM) 2021

Saksikan Maharaja Lawak Mega (MLM) 2021

Selepas hampir 2 tahun berehat, program lawak terbaik di Malaysia kini kembali. Maharaja Lawak Mega 2021 akan bermula pada 15 Oktober 2021 di saluran yang sama, Astro Warna.

MLM sebuah program lawak pentas yang membariskan pelawak terkenal tanah air akan menampilkan 11 kumpulan dan kali ini pastinya memberi nafas-nafas baru kepada para peserta. Ada muka baru, ada penampilan buat pertama kali, ada yang pertama kali beraksi di pentas besar ini.

Kesemua peserta merupakan gabungan ahli dalam kumpulan iaitu PUTEH, BORO, 3OTAK, ORI, R&R, TOBAT, OTAI, TIRO, TAICI, BAHYE dan CAWAN. Anda mempunyai 20 undian setiap hari pada hari Sabtu sehingga Khamis, manakala 50 undian pada Jumaat untuk kesemua 11 peserta ini.

BACA : Ahli Kumpulan Bagi 11 Peserta Maharaja Lawak Mega 2021

Maharaja Lawak Mega 2021 sekali lagi menampilkan Dato' AC Mizal sebagai pengacara dan Issey serta Yazmin Aziz mengemudi bagi program belakang pentas MLM 2021 Live +.

Untuk tahun ini, terdapat 4 barisan juri tetap iaitu Datuk Rosyam Nor, Diana Danielle, Noh Salleh dan Uqasha Senrose. Kali ni diperkenalkan juri ke-5 iaitu Sang Bara dimana identiti akan diperkenalkan pada minggu akhir MLM kelak.

Maharaja Lawak Mega 2021 akan bermula ditayangkan pada 15 Oktober 2021 iaitu setiap hari Jumaat, jam 9.00 malam di saluran Astro Warna (CH 107) dan Astro Go. Untuk episod pertama, anda juga boleh saksikan di saluran Astro Ria (CH 104).

Post a Comment

Previous Post Next Post