Saksikan Program All Togther Now Malaysia Di Astro Ria

Saksikan Program All Togther Now Malaysia Di Astro Ria

Bermula 6 Jun 2021, Astro akan bawakan sebuah program hiburan berkonsepkan nyanyian iaitu All Together Now Malaysia (ATNM). Program format sebegini merupakan antara yang terbaru yang pernah disiarkan di Malaysia.

All Together Now Malaysia merupakan program adaptasi daripada program yang popular di British, All Together Now. Selain daripada Malaysia, terdapat juga negara yang lain yang mengadaptasi daripada program ini bagi kandungan tempatan seperti negara Australia, Rusia, Turki, Brazil dan banyak lagi. Di Asia, Malaysi adalah yang pertama.

Program ATMN ini bakal mengetengahkan bakat baharu dan bukannya artis atau penyanyi tempatan sedia ada. Jadi mereka yang layak dalam uji bakat, akan berdepan dengan barisan juri pula di depan kaca tv untuk memberikan persembahan nyanyian pentas.

Selain itu, antara elemen utama program ini adalah barisan juri. Jika pada program asal di UK, mereka menggunakan 100 juri untuk mengadili barisan peserta, tetapi di Malaysia, mereka menggunakan 50 juri dalam pelbagai bidang seperti Ernie Zakri, Syamel, Erra Fazira, Mark Adam, Zizan Razak, Siti Nordiana, Linda Nanuwil, Azfar Heri dan ramai lagi. Ada penyanyi, pelakon, pelawak, penyampai radio dan juga 'influencer'.

Tayangan All Together Now Malaysia 2021

Sherry Alhadad berperanan sebagai hos bagi mengendalikan program ini yang akan bersiaran selama 10 minggu. Manakala seorang ketua juri atau kapten daripada 50 juri juga dilanti iaitu Datuk AC Mizal.

Saksikan Program All Togther Now Malaysia Di Astro Ria

Program All Together Now Malaysia akan mula bersiaran pada 6 Jun ini, pada setiap Ahad jam 9.00 malam di Astro Ria. Selain itu, anda juga boleh tonton secara On Demand atau menerusi aplikasi Astro Go dan Ultra Box.

Post a Comment

Previous Post Next Post