Saksikan Secara Langsung Paralimpik Tokyo 2020 (Upacara Pembukaan)

Saksikan Secara Langsung Paralimpik Tokyo 2020 (Upacara Pembukaan)

Pada 24 Ogos 2021, Upacara Pembukaan Temasya Paralimpik Tokyo 2020 akan berlangsung sekali gus akan bermula temasya 4 tahun sekali itu di Tokyo, Jepun yang diadakan sehingga 5 September 2021.

Edisi kali ini melibatkan sekitar 4,400 atlet para daripada 160 buah negara yang mengambil bahagian termasuk Malaysia dengan melibatkan 12,000 kakitangan dan wartawan sepanjang 13 hari pertandingan berlangsung.

Sebanyak 22 jenis sukan yang dipertandingkan daripada memanah sehinggalah tenis kerusi roda. Setiap daripadanya terdapat 539 acara bergantung kepada kumpulan atlet para yang mengambil bahagian bagi merebut sehingga 5,000 medal emas, perak dan gangsa.

Paralimpik Tokyo 2020 akan berlangsung di 21 venue berbeza seluruh Tokyo mengikut jenis sukan yang dipertandingkan.

Seperti Sukan Olimpik sebelum ini, Paralimpik Tokyo 2020 juga akan berlangsung tanpa kehadiran penonton disebabkan kes wabak Covid-19 yang masih berlaku terutamanya di negara tuan rumah, Jepun

BACA : Jadual harian atlet Malaysia di Paralimpik Tokyo 2020

Pihak penganjur menjangkakan, lebih 4 bilion tontonan akan tercapai untuk temasya kali ini di seluruh dunia. Untuk rekod, sebelum ini, edisi Rio 2016 mencatatkan tontonan sehingga 4.1 bilion dan London 2021 sebanyak 3.8 bilion tontonan.

Ayuh Malaysia!

Siaran Langsung Upacara Pembukaan Sukan Paralimpik Tokyo 2020

Untuk rakyat Malaysia, jangan lupa untuk terus beri sokongan kepada 22 atlet Para Malaysia untuk edisi Tokyo 2020 kali ni.

Sebelum itu, saksikan Upaca Pembukaan Sukan Paralimpik Tokyo 2020 yang akan disiarkan secara langsung pada Selasa, 24 Ogos 2021, jam 6.50 petang di Astro Arena (CH 801) dan Astro Supersport (CH 813). Boleh juga strim di Astro Go.

Saksikan Secara Langsung Paralimpik Tokyo 2020 (Upacara Pembukaan)

Setakat ini tiada pengumuman rasmi daripada penyiar rasmi berkenaan siaran langsung bagi setiap acara untuk tontonan di Malaysia. 

Tetapi anda boleh ikuti sorotan harian yang dibawakan dari Tokyo menerusi siaran Astro Arena HD (CH 801) pada setiap hari jam 11.00 malam atau secara online di Astro Go.

Selain itu, boleh juga tonton di Youtube Paralympics Games.

Post a Comment

Previous Post Next Post