Saksikan Drama Checklist Mr Right Di TV3

Saksikan Drama Checklist Mr Right Di TV3

Kali ini TV3 menamakan slot drama pukul 6 kepada slot Sakura. Drama yang dibawakan adalah Checklist Mr Right yang akan mula disiarkan pada 25 Ogos 2021.

Drama tempatan ini dimainkan bagi menggantikan drama Jika Masih Ada Rindu sebelum ini. Jadi anda masih lagi boleh menonton drama melayu kesukaan anda.

Katanya drama Checklist Mr Right ini merupakan drama yang sama telah diterbitkan pada tahu 2020 iaitu Cinta Itu Fairy Tale dan hanya ditukar nama sahaja.

Saksikan Drama Checklist Mr Right Di TV3

Jika sebelumnya, drama tersebut hanya ditayangkan di laman penstriman Iflix tetapi kini orang ramai boleh menonton dramam 13 episod di TV3 secara percuma.

Checklist Mr Right merupakan drama arahan Tam Suhaimi dan beliau juga bertanggungjawab menyediakan skrip bersama-sama Eena Mokhtar, CTNA Marzuki dan Shamaine Othman dibawah produksi Imaginal Pictures Sdn. Bhd.

Antara pelakon utama yang membawa watak dalam drama ini ialah Eyka Farhana, Ikhsan Saleh, Afifah Nasir, Wafiy Aan dan Amy Mastura.

Mereka dibantu oleh Harris Baba, Intan Ladyana, Izzat Mushtaq, Jad Hidir, Atiq Azman, Nelissa Nizam dan ramai lagi.

Saksikan Drama Checklist Mr Right Di TV3

Sinopsis Drama Checklist Mr Right

Drama Checklist Mr Right (Eyka Farhana) mengisahkan tentang seorang gadis ‘instafamous’ yang bernama Nina Suraya.

Beliau mengalami kekalutan hidup selepas gagal dalam percintaan dan masih mencari jejaka idamannya yang disangka hanya hadir dalam dunia fantasinya.

Segalanya berubah apabila beliau bertemu seorang lelaki misteri, yang mempunyai kriteria persis lelaki idamannya seperti yang tertera di dalam nota yang telah dilontar ke dasar laut.

Waktu Siaran

Drama Checklist Mr. Right akan bersiaran setiap Isnin hingga Khamis, jam 6.00 petang di slot Sakura TV3 bermula 25 Ogos ini. Boleh juga strim secara menerusi xtra.com.my

Saksikan Drama Checklist Mr Right Di TV3

Post a Comment

Previous Post Next Post