Senarai penuh 22 Atlet Malaysia yang layak ke Paralimpik Tokyo 2020

Senarai penuh 22 Atlet Malaysia yang layak ke Paralimpik Tokyo 2020

Hari ini secara rasminya diumumkan barisan atlet Malaysia yang akan menggalas dan meneruskan cabaran negara pada temasya Paralimpik Tokyo 2020.

Edisi ini kali, seramai 22 atlet negara termasuk 4 atlet wanita akan sertai dalam 9 jenis sukan. Mereka akan ditemani oleh 16 jurulatih termasuk seorang caperon serta 22 pegawai perubatan dan petugas sekretariat seperti yang diumumkan oleh Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) Datuk Seri Mega D Shahriman Zaharudin.

Olimpik Tokyo 2020 secara rasmi telah tamat pada 8 Ogos yang lalu dan disambut semula bagai Sukan Paralimpik Tokyo yang akan bermula pada 24 Ogos hingga 5 September 2021 di Tokyo, Jepun.

Sukan Paralympic Tokyo 2020 ini akan melibatkan 539 acara daripada 22 sukan yang dipertandingkan di 21 venue berbeza di seluruh Tokyo.

Untuk jadual penuh sepanjang temasya, anda boleh dapatkan menerusi laman web Paralympic Tokyo di https://olympics.com/paralympics

pingat sukan paralimpik tokyo 2020

Senarai atlet ke Sukan Paralimpik Tokyo 2020

Berikut merupakan senarai 22 atlet bersama 9 acara sukan:

CDM : Dato' Sri Megat D Shahriman Bin Dato Zaharudin

Pembawa Bendera : Siti Noor Iasah dan Bonnie Bunyau Gustin

Olahraga

  • Abdul Latif Romly - Pingat EMAS
  • Muhammad Ziyad Zokefli
  • Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi
  • Wong Kar Gee
  • Siti Noor Iasah Mohamad Ariffin

Berbasikal

  • Mohamad Yusof Hafizi Shaharuddin
  • Muhammad Hafiz Jamali
  • Zuhairie Ahmad Tarmizi
  • Nur Azlia Syafinaz Mohd Zais
  • Nurul Suhada Zainal

Renang

  • Brenda Anelia
  • Muhammad Nur Syaiful Zulkefli
  • Jamery Siga

Memanah

  • S. Suresh
  • Wiro Julin

Badminton

  • Cheah Liek Hou - Pingat EMAS
  • Didin Terasoh

Boccia

  • Chew Wei Lun - Pingat PERAK

Angkat Berat

  • Bonnie Bunyau Gustin - Pingat EMAS
  • Jong Yee Khie - Pingat PERAK

Ping Pong

  • Chee Chaoming

Tenis Kerusi Roda

  • Abu Samah Borhan

Untuk rekod, Malaysia telah berjaya menggondol 3 emas dan 1 gangsa dalam edisi temasya Paralimpik Rio 2016 yang lalu dengan rekod dunia dipecahkan oleh barisan atlet kita. Semoga kali ini mereka sekali lagi membawa kilauan emas untuk negara

Senarai penuh 22 Atlet Malaysia yang layak ke Paralimpik Tokyo 2020


sumber : Bernama

Post a Comment

Previous Post Next Post