Jadual Harian Atlet Malaysia Di Paralimpik Tokyo 2020

Jadual harian atlet Malaysia di Paralimpik Tokyo 2020

Temasya Paralimpik Tokyo 2020 akan membuka tirai pertandingan pada 24 Ogos sehingga 5 September 2021 yang melibatkan sebanyak 162 buah negara termasuk tim Para Malaysia.

Temasya kali ini akan mempertandingkan 22 jenis suka dalam 539 acara di 21 venue berbeza seluruh Tokyo, Jepun. 22 atlet Para Malaysia akan sertai 9 jenis sukan pada hari pertandingan.

Antara acara sukan yang disertai oleh atlet Para Malaysia seperti sukan Olahraga; Lompat Jauh, Lontar Peluru, Lari 100m, sukan Badminton, Sukan Boccia, sukan Berbasikal trek dan jalanan, Angkat Berat 72kg dan 107kg dan banyak lagi.

Setiap acara yang dipertandingkan telah pun diumumkan tarikh dan masa bila ianya akan dilangsung menerusi jadual harian pertandingan Paralimpik Tokyo 2020.

Jadual harian atlet Para malaysia di Paralimpik Tokyo 2020

Teruskan bagi sokongan yang padu terhadap kesemua atlet para negara yang menggalas cabaran dan bertanding di pentas Paralimpik Tokyo 2020

Astro dan RTM kali ini tidak membawakan tayangan siaran langsung di kaca tv seperti Olimpik sebelum ini tetapi hanya menerusi sorotan harian; Astro Arena (CH801) setiap hari jam 11 malam dan RTM akan membawakan perkembangan semasa menerusi laman sosial.

Akan tetapi anda boleh tengok beberapa acara secara langsung menerusi Youtube Paralympic Games. Jika bernasib baik, mungkin akan disiarkan acara yang melibatkan atlet Malaysia

24 Ogos - Acara Pembukaan (boleh saksikan secara langsung di Astro Arena (CH 801) dan Astro Supersport (CH 813) - 6.50 pm

25 Ogos

  • Muhd Nursaiful Zulkafli (Renang - Gaya Bebas 200 m Lelaki) - 10.56 am
  • Chee Chaoming (Ping Pong  - Perseorang lelaki) - 9.40 am

26 Ogos

  • Muhd Nursyaiful Zulkafli (Renang - Gaya Bebas 100 m Lelaki) - 8.00 am & 4.00 pm
  • Mohamad Yusof Hafizi Shahruddin (Basikal Trek Lelaki C1- Pursuit Individu 3000 m) - 9.30 am
  • Nur Azlia Syafinaz (Basikal Trek Perempuan B - Cubaan Masa 1000 m) - 9.00 am
  • Muhammad Hafiz Bin Jamali (Basikal Trek - Cubaan Masa 1000 m - C4 -5) - 1.00 pm
  • Chee Chaoming (Ping Pong  - Perseorang lelaki) - 8.00 am & 5.40 pm


27 Ogos

  • S.Suresh (Memenah - Recurve Individu Lelaki) - 1.00 pm
  • Wiro Julin (Memanah - Kompaun Individu Lelaki) - 1.00 pm
  • Abu Samah Bin Borhan (Tenis Kerusi Roda - Perseorangan Lelaki) - 10.00 am
  • Jamery Anak Siga (Renang - Kuak Kupu-Kupu 50 m lelaki) - 8.51 am
  • Brenda Anellia Larry (Renang - Kuak Kupu-Kupu 50 m wanita) - 8.59 am

28 Ogos

  • Mohamad Yusof Hafizi Shahruddin (Basikal Trek - Sprint Kumpulan Campuran C1 - 5) - 9.32 am
  • Zuhairie Bin Ahmad Tarmizi (Basikal Trek - Sprint Kumpulan Campuran C1 - 5) - 9.32 am
  • Muhammad Hafiz Bin Jamali (Basikal Trek - Sprint Kumpulan Campuran C1 - 5) - 9.32 am
  • Bonnie Bunyau (Angkat Berat - 72 kg) - 10.00 am (Pingat Emas)
  • Chew Wei Lun (Boccia - Individu Campuran - BC1) - 4.10 pm
  • Wiro Julin (Memanah Lelaki - Compound) - 11.56 am
  • Abu Samah Borhan (Tenis Kerusi Roda Lelaki - Individu) - 2.00 pm

29 Ogos

  • Muhd Nursyaiful Zulkafli (Renang Lelaki SB4 - Kuak Dada 100 m) - 9.14 am
  • Che Wei Lun (Boccia BC1 - Individu)- 9.40 am & 4.10 pm

30 Ogos

  • Jong Yee Khie (Angkat Berat Lelaki - 107 kg) - 10.00 am (Pingat Perak)
  • Chew We Lun (Boccia BC1 - Individu) - 4.10 pm
  • Siti Noor Iasah Mohamad Ariffin (Lari T20 - 400 m) - 7.22 pm

31 Ogos

  • Mohamad Yusof Hafizi Shahruddin (Basikal Lelaki C1 - Cubaan Masa) - 7.41 am
  • Nur Azlia Syafinaz & Nurul Suhada (Basikal Perempuan B - Cubaan Masa) - 12.30 pm
  • Hafiz Jamali & Zulhairie Ahmad (Berbasikal Lelaki C5 - Cubaan Masa ) 12.47 pm
  • Muhammad Ziyad Zolkefli (Lontar Peluru Lelaki - F20) - 6.05 pm
  • Siti Noor Iasah (Lari Wanita T20 - 400 m finale) 7.38 pm
  • Chew Wei Lun (Boccia BC1 - Individu) - 3.00 pm

1 September

  • Nur Syaiful (Renang Lelaki S5 - Gaya Bebas 50 m) - 9.31 am
  • Chew Wei Lun (Boccia - BC1 - Individu Final) - 3.50 pm (Pingat Perak)
  • Cheah Liek Hou (Badminton Lelaki SU5 - Perseorangan) - 7.00 pm

2 September

  • Mohamad Yusof Hafizi Shahruddin (Lumba Basikal Lelaki C1-3) - 8.48 am
  • Didin Taresoh (Badminton - Perseorangan Lelaki SH6) - 12.00 pm & 4.20 pm
  • Cheah Liek Hou (Badminton - Perseorangan Lelaki SU5) - 3.00 pm

3 September

  • Brenda Anella (Renang Perempuan S4 - Kuak Lentang 50 m) - 9.07 am
  • Cheah Liek Hou (Badminton Perseorangan Lelaki SU5) - 12.00 pm
  • Ridzuan Puzi (Lari T36 - 100 m) - 7.33 pm
  • S. Suresh (Memanah Recurve Lelaki) - 9.15 am

4 September (Hari Terakhir Acara)

  • Wong Kar Gee (Lompat Jauh Lelaki T13 - Finale) - 9.20 am
  • Ridzuan Puzi (Lari Lelaki T36 100 m - Finale) - 9.38 am
  • Abdul Latif Romly (Lompat Jauh Lelaki T20 - Finale) - 6.00 pm (Pingat Emas)
  • Cheah Liek Hou (Badminton Perseorangan Lelaki SU5) - 9.30 am @ 3.00 pm (Pingat Emas)

5 September - Acara Penutup

Untuk jadual penuh, boleh rujuk Tokyo Paralimpik - Malaysia

Ayuh Malaysia...

Post a Comment

Previous Post Next Post