Akibat Tayang 'Social Experiment', Individu Tidak Lengkap Vaksinasi Kini Ditahan Polis

Akibat Tayang Social Experiment, Individu Tidak Lengkap Vaksinasi Kini Ditahan Polis

Pada beberapa hari yang lepas telah tular sebuah tangkap layar iaitu kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang pemilik Facebook ke seluruh media sosial.

Beliau memuat naik kenyataan berkisarkan tentang eksperimen sosial beliau masuk ke beberapa premis atau kedai makan untuk dine-in bersama anak dan suami walaupun belum mendapatkan 2 dos suntikan vaksin Covid-19.

Melalui kenyataan yang dikeluarkannya, rata-rata warganet mezahirkan rasa kecewa dan marah apabila ada rakyat yang sanggup melakukan sedimikian demi kepentingan diri sedangkan ianya boleh membahayakan orang sekeliling.

Oleh yang demikian, Polis Klang Selatan telah menerima aduan berkaitan kenyataan tersebut dan pada 23 Ogos 2021 jam 5.00 petang, pihak Polis telah membuat tangkapa terhadap 1 lelaki Melayu adn 1 perempuan Melayu yang terlibat dalam kes tersebut.

Melalui kenyataan media yang dikeluarkan oleh pihak PDRM, kes tersebut disiasat dibawah Seksyen 269 Kanun Keseksaan / Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan / Seksyen 22 (b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Seksyen 233 Akta Suruhanjaya Komunikasi Malaysia.

Ini pastinya akan menjadi peringat kepada orang ramai terutamanya bagi pengguna media sosial termasuk juga yang masih belum menerima dos lengkap vaksinasi.

Post a Comment

Previous Post Next Post