Saksikan Drama Ayahanda Di Slot Lestary TV3

Saksikan Drama Ayahanda Di Slot Lestary TV3

Drama Ayahanda merupakan sebuah drama siri tv Malaysia yang akan menggantikan drama Budak Tebing 2 bagi mengisi slot Lestary TV3 bermula 10 Julai 2021. Drama kali ini lain dari drama sebelum-sebelum yang pernah disiarkan di tv3.

Drama Ayahanda merupakan sebuah drama yang diinspirasikan oleh novel 'Ayahanda' karya agung daripada Azizi Haji Abdullah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia (DBP) pada tahun 1988. 

Saksikan Drama Ayahanda Di Slot Lestary TV3


Sinopsis Drama Ayahanda

Drama Ayahanda ini mrupakan kisah yang disorot daripada kaca mata anak bongsu. Baginya, semakin cuba difahami hati tua itu, semakin sukar jadinya. Degil ayahnya bergerak seiring dengan usia.

Tidak boleh ditegur, jauh sekali menerima nasihat anak-anak. Lantaran itu dia sering berburuk sangka, menaruh dendam dan marah yang bercampur dengan rasa bersalah.

Sedangkan si ayah, Haji Abdullah pula kaya dengan kasih sayang dan sanggup berkorban apa sahaja demi kebahagiaan anak-anaknya. Malah, tidak pernah berhenti berdoa agar keberkatan ALLAH selalu bersama mereka. Namun dia bukannya seorang yang mudah meluahkan rasa yang terpendam. Baginya, cukup ditunjukkan melalui perbuatan dengan harapan anak-anak mengerti.

Hakikatnya, perasaan seorang ayah itu sukar diduga sekalipun digali sedalam mungkin oleh anak-anak sendiri.

Saksikan Drama Ayahanda Di Slot Lestary TV3

Pelakon Dan Watak

Antara pelakon utama yang membarisi drama Ayahanda ialah Jalil Hamid (Haji Abdullah), Fauziah Ahmad Daud (Noriah), Fikry Ibrahim (Aziz) dan Noorkhiriah (Halimah).

Mereka dibantu oleh pelakon seperti Shahz Jaszle (Ramli), Hairi Safwan (Ahmad), Sherry Ibrahim (Aishah), Mimi Ernida (Rahayu), Sobri Anuar (Mat Diah), Rita Nadira (Mazni) dan ramai lagi.

Pengarah Dan Produksi

Cerita ini diarahkan oleh Dato Ahmad Tamimi Siregar dan skrip ditulis oleh Wan Mahani dan Maizura Ederis. Pihak syarikat Zeel Production Sdn. Bhd. merupakan pihak produksi yang bertanggungjawab mengjayakan drama ini dibawah penerbit Fadzil Teh.

Saksikan Drama Ayahanda Di Slot Lestary TV3

Waktu Siaran

Drama Ayahanda dengan 13 episod akan bersiaran setiap Rabu hingga Sabtu, jam 9.00 malam di slot Lestary TV3 bermula 10 Julai ini. Selain itu, anda juga boleh tonton secara online melalui platform Disney+ Hotstar Malaysia yang boleh dilanggan dengan harga RM54.90 untuk 3 bulan.

Tonton Disini/button

Baca Juga

0/Post a Comment/Comments