Kini Terdapat 5 Kit Ujian Kendiri COVID-19 Yang Dibenarkan Oleh KKM Untuk Dijual

5 Kit Ujian Kendiri COVID-19 Yang Dibenarkan Oleh KKM Untuk Dijual

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) setakat ini telah meluluskan dan membenarkan 5 kit ujian kendiri COVID-19 untuk dijual bagi kegunaan orang awam. Kelulusan daripada KKM ini adalah menerusi pihak berkuasa peranti perubatan (MDA).

Kebenaran ini diumumkan menerusi senarai infografik yang dikongsikan Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di laman twitter pada 23 Julai yang lalu. 

Untuk senarai rasmi, pihak Medical Device Authority (MDA) ada senaraikan 5 kit ujian kendiri yang boleh digunapakai menerusi laman sesawang di https://portal.mda.gov.my/


Senarai Kit Ujian Kendiri COVID-19 (Self-Test COVID-19 Test Kit)

Antara yang telah mendapat kelulusan ialah Salixium-COVID-19 Rapid Antigen Rapid Test (Saliva/ Nasal Swab Samples) yang dikilangkan di Malaysia yang boleh menggunakan sampel air liur (saliva) atau calitan hidung.

Selain itu ialah Gmate COVID-19 Ag Saliva For Home Use yang dikilangkan di Korea.

Manakala lagi 3 jenis kit ujian lain ialah BERIGHT-COVID-19 Antigen Rapid Test Device (Oral Fluid), ALLTest COVID-19 Antigen Rapid Test (Oral Fluid) dan JusChek COVID-19 Antigen Rapid Test (Oral Fluid) yang dikilangkan di China.

5 Kit Ujian Kendiri COVID-19

Oleh itu, orang awam boleh dapatkan kit ujian yang diluluskan ini menerusi farmasi berdaftar atau fasiliti kesihatan swasta. 

BACA : Cara Beli Kit Ujian Kendiri Covid-19 Secara Online Menerusi Aplikasi MySejahtera

Antara kit kendiri COVID-19 yang anda boleh dapatkan adalah di laman web rasmi doctoroncall.com.my

KKM memberitahu penggunaannya hanya terhad untuk tujuan saringan sahaja dan semua hasil ujian perlu disahkan menerusi RT-PCR dan mereka yang menggunakan kit ujian kendiri COVID-19 perlu melaporkan keputusan saringan sama ada positif, negatif atau tidak sah melalui aplikasi MySejahtera.


sumber : alhijrahnews

Post a Comment

Previous Post Next Post