COVID-19 : Kes Harian Tertinggi Sekali Lagi Dicatatkan iaitu 17,045, Negara Kini Mencatatkan Jumlah Kes Lebih 1 Juta

COVID-19 : Kes Harian Tertinggi Sekali Lagi Dicatatkan iaitu 17,045, Negara Kini Mencatatkan Jumlah Kes Lebih 1 Juta

Ini pastinya rekod yang tidak mahu dicapai oleh mana-mana negara sekali pun. Akan tetapi hari ini dalam sejarah apabila Malaysia telah mencatatkan kes keseluruhan jangkitan COVID-19 lebih 1 juta dengan angka kes harian baru sebanyak 17,045 kes.

Sekali lagi angka kes jangkitan harian direkodkan yang tertinggi sejak negara dilanda badai wabak pandemik pada awal tahun 2020 yang lalu. 

Pada 23 Julai yang lalu, KKM melaporkan kes harian pertama kali mencecah 15k kini 2 hari selepasnya, kes harian naik mendadak sehingga 17k sehari.

Angka ini disebabkan datang daripada 3 negeri yang mencatatkan 4 angka iaitu Selangor sebanyak 8,500 kes, diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpu dengan 2,045 kes dan Kedah sebanyak 1,216 kes jangkitan COVID-19.

Daripada jumlah terbaru ini, Malaysia mencatatkan sebanyak 1,013,438 kes COVID-19 secara keseluruhan sehingga 25 Julai 2021.

COVID-19 : Kes Harian Tertinggi Sekali Lagi Dicatatkan iaitu 17,045, Negara Kini Mencatatkan Jumlah Kes Lebih 1 Juta

Ini pastinya angka yang tidak disenangi terutamanya pada barisan frontliner yang bekerja siang dan malam bagi merawat dan melawan wabak ini sejak setahun lebih yang lalu.

Untuk kita, teruskan amalan norma baharu dan patuhi segala SOP. Sudah ramai kini dijangkiti. Terus pakai pelitup hidung dan mulut, kerap mencuci tangan dan amalkan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 1 meter.

Ya Allah selamatkan Malaysia

Post a Comment

Previous Post Next Post