KKM Nasihatkan Mereka Yang Positi COVID-19 Dan Tidak Bergejala Supaya Tidak Datang Ke CAC

KKM Nasihatkan Mereka Yang Positi COVID-19 Dan Tidak Bergejala Supaya Tidak Datang Ke CAC

Buat warga Lembah Klang, sebelum ini jeka mereka didapati positif COVID-19 selepas membuat ujian saringan, mereka perlu untuk datang ke Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) bagi melaporkan keadaan dan memakai gelang bagi proses kuarantin.

Akan tetapi menerusi hantaran terbaru daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui laman twitter memberitahu dimana penduduk di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang positif COVID-19 diminta untuk tidak ke CAC sekiranya anda tidak bergejala atau bergejalan ringan. 

Oleh yang demikian, KKM menasihatkan untuk terus mengasingkan diri serta merta dan menjalani tempoh kuaranti di rumah sahaja.

Arahan terbaru ini dibuat bagi memastikan pesakit atau mereka yang positif COVID-19 tidak perlu menunggu lama di CAC dan pesakit yang bergejala teruk mendapat rawatan segera.

Apa Yang Perlu Dibuat Seterusnya?

Jadi salama anda kuarantin di rumah, anda perlu maklumkan keputusan ujian saringan menerusi aplikasi MySejahtera. Digital Home Surveillance Order (HSO) akan diberikan.

Kemudian, yang positif COVID-19 ini perlu lengkapkan Home Assessment Tool (TAT) juga menerusi aplikasi MySejahtera.

Oleh yang demikian, penilaian kendiri pesakit akan dipantau oleh CAC Maya dan pesakit akan dihubungi jika perlu. 

Pesakit Akan Dipanggil Sekiranya...

Tambah KKM lagi, pesakit yang perlu ke CAC terdekat untuk penilaian lanjut klinikal akan dimaklumkan melalui notifikasi di MySejahtera atau dihubungi Pusat Panggilan CAC. 

BACA : Senarai lokasi CAC di negeri Selangor

Manakala bagi pesakit yang perlukan bantuan boleh hubungi CAC Call Centre di talian 03-7723 9299 dari 8.00 pagi hingga 9.00 malam setiap hari atau di talian hotline CPRC 03-7723 9300 (8 pagi - 12 tengah malam setiap hari)

Jika pesakit mengalami gejala yang semakin teruk, sila terus dan segara ke hospital.

Bagaimana Dengan Kontak Rapat

Pihak KKM nasihatkan kepada kontak rapat untuk terus mengasingkan diri di rumah dan tidak perlu buat ujian saringan kecuali jika bergejala sahaja.

Untuk makluman semula, arahan ini hanya berkuatkuasa di Lembah Klang sahaja.

Post a Comment

Previous Post Next Post