Anda Kini Boleh Beli Kit Ujian Kendiri Covid-19 Menerusi Aplikasi MySejahtera. Ini Caranya

beli kit ujian kendiri covid-19 menerusi mysejahtera

Menerusi kemaskini terbaru aplikasi MySejahtera yang dikeluarkan. Kini anda boleh beli Kit Ujian Kendiri Covid-19 menerusi ciri terbaru yang diperkenalkan menerusi aplikasi tersebut.

Sebelum ini, pihak KKM telah meluluskan dan membenarkan penjualan 5 kit ujian kendiri Covid-19 iaitu Salixium-Covid-19 Rapid Antigen Rapid Test (Saliva/ Nasal Swab Samples).

BACA : Kini Terdapat 5 Kit Ujian Kendiri COVID-19 Yang Dibenarkan Oleh KKM Untuk Dijual

Selain itu terdapat juga kit daripada Korea, Gmate Covid-19 Ag Saliva. Kemudian lagi 3 adalah BERIGHT-COVID-19 Antigen Rapid Test Device (Oral Fluid), ALLTest Covid-19 Antigen Rapid Test (Oral Fluid) dan JusChek Covid-19 Antigen Rapid Test (Oral Fluid) yang dikilangkan di China.

Kit ujian ini pada awalnya diumumkan boleh dibeli dimana-mana farmasi yang berdaftar. Dalam kemaskini terbaru, MySejahtera telah bekerjasama dengan pharma2u. Jadi anda boleh beli terus secara online.

Selain ciri pembelian, disediakan juga ciri kemaskini keputusan ujian kendiri tersebut. Selepas menggunakan kit ujian kendiri, boleh kemaskini terus menerusi aplikasi MySejahtera.

Cara Beli Kit Ujian Kendiri Covid-19 Menggunakan MySejahtera

Terlebih dahulu, anda perlu kemaskini aplikasi MySejahtera (versi 1.0.40) menerusi Play Store atau App Store.

1.  Buka aplikasi seperti biasa dan pergi pada bahagian Home MySejahtera. Pada halaman ini akan dipaparkan ikon bagi piliha "Ujian Kendiri Covid-19" dan klik padanya.

2.  Setakat ini hanya 3 kit ujian kendiri yang disenaraikan dalam aplikasi ini iaitu:

  • Salixium Covid-19 Rapid Antigen Test Kit (RM39.90)
  • Gmate Covid-19 Ag Salive For Home Use (RM39.90)
  • JusChek Covid-19 Antigen Rapid Test (RM29.90)

Dan untuk beli, klik pada "Beli Dalam Talian"

beli kit ujian kendiri covid-19 menerusi mysejahtera

3.  Anda akan dibawa ke pharma2u.co dan disini terdapat kesemua 3 jenis kit ujian yang disenaraikan tersebut. Untuk mula membeli, anda perlu daftar "Sign Up" terlebih dahulu

4.  Kit Ujian Kendiri Covid-19 ini akan dihantar terus ke rumah anda

Baca Juga

0/Post a Comment/Comments