Buat Pertama Kali, Malaysia Mencatatkan Kes Baru Harian COVID-19 dengan 5 Angka Iaitu Sebanyak 11,079 Kes

Buat Pertama Kali, Malaysia Mencatatkan Kes Baru Harian COVID-19 dengan 5 Angka Iaitu Sebanyak 11,079 Kes

Tidak cukup dengan kes baru harian COVID-19 dengan 9k, hari ini sekali lagi Malaysia mencatatkan kes harian tertinggi sejak virus itu melanda negara dan kali ini dengan 5 angka iaitu sebanyak 11,079 kes.

Pada 10 Julai yang lalu, negara baru sahaja mencatatkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 9,353 dan 3 hari selepas itu, sekali lagi negara mencatatkan kes harian tertinggi.

Kes harian tertinggi ini melibatkan 3 negeri yang mencatatkan 4 angka iaitu Selangor dengan 5,263 kes, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan 1,521 kes dan Negeri Sembilan dengan 1,033 kes.

Dengan jumlah tersebut, setakat hari ini, jumlah keseluruhan kes adalah sebanyak 855,949 kes COVID-19.

Buat Pertama Kali, Malaysia Mencatatkan Kes Baru Harian COVID-19 dengan 5 Angka Iaitu Sebanyak 11,079 Kes

Sepertinya, rata-rata rakyat Malaysia gusar dengan bilangan angka yang dicatatkan hari ini dan meluahkannya menerusi akaun laman media sosial seperti facebook dan twitter.

Oleh itu, kita terus disarankan untuk terus duduk di rumah bagi memutuskan rantaian COVID-19. Tetapi jika perlu untuk keluar, patuhi segala SOP yang ditetapkan oleh pihak berkuasa seperti sentiasa memakai pelitup muka, kerap mencuci tangan dan amalkan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 1 meter.


Sumber : KKM

Post a Comment

Previous Post Next Post