Petugas PPV Disahkan Positif COVID-19, IDCC Shah Alam Ditutup Sehari Pada 13 Julai

Petugas PPV Disahkan Positif COVID-19, IDCC Shah Alam Ditutup Sehari Pada 13 Julai

Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Ideal Convention Centre (IDCC), Shah Alam ditutup selama satu hari iaitu pada 13 Julai 2021 susulan kes positif COVID-19 yang dikenal pasti dalam kalangan petugas di PPV tersebut.

Pengumuman ini dibuat oleh Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) melalui kenyataan media yang dikeluarkan dan dikongsikan melalui laman media sosial rasmi twitter JKJAVMY pada pagi 13 Julai tersebut.

Sejurus selepas itu, langkah segera penutupan telah dibuat bagi membolehkan kerja-kerja sanitasi dijalankan.

Mereka Yang Hadir Di PPV Antara 29 Jun hingga 12 Julai Dinasihatkan Untuk Jalankan Saringan Jika Bergejala

Menurut CITF juga, mereka menyarankan kepada orang ramai yang telah hadir untuk vaksinasi di IDCC antara 29 Jun hingga 12 Julai 2021 untuk membuat penilaian kendiri dan sekiranya bergejalan supaya dijalankan ujian saringan COVID-19.

Melalui pengumuman terbaru daripada pihak JKJAVMY, tarikh baru bagi yang mempunyai janji temu di IDCC hari ini telah diberikan. Jadi orang ramai boleh semak MySejahtera atau SMS anda.

Untuk sebarang pertanyaan, boleh hubungi 03-8893403


Post a Comment

Previous Post Next Post