Bapa Ustaz Ebit Lew Meninggal Dunia. Pohon Doa Untuk Arwah

Bapa Ustaz Ebit Lew Meninggal Dunia. Pohon Doa Untuk Arwah

Berita sedih untuk pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew apabila bapa beliau telah meninggal dunia pada hari ini. Ini dimaklumkan sendiri oleh beliau melalui hantaran facebook dengan disertakan gambar Ebit Lew sedang memimpin tangan ayahnya.

Umum ketahui, sejak beberapa hari yang lepas, Ebit Lew kerap kongsikan berita berkaitan ayahandanya yang sedang dirawat di hospital kerana kanser perut tahap akhir. Beliau juga memohon doa untuk kesembuhan penyakit ayahnya.

Hari ini 13 Julai 2021, ayahnya telah menghembuskan nafas yang terakhir. Berikut merupakan catatan yang dikongsikan di facebook beliau:

"Innalillahi wa inna ilaihi rajiun. Bapak saya yang tercinta baru sahaja meninggal dunia. Ya Allah beratnya rasa ujian ini. I love you bapak. Bapak pergi dulu. Nanti ebit sampai yer"

"Ya Allah ampunilah bapak. Sayangilah beliau, rahmatilah beliau,hadiahkan syurga Firdaus untuk beliau. Ya Allah temukanlah bapak dengan mak dekat sana. Letakkanlah mereka bersama. Ya Allah,inilah ayahku yang sangat baik. Terima kasih pinjamkan dirinya untuk kami sekeluarga"

Rata-rata warganet meluahkan rasa hiba dan sedih dengan berita dan terus mendoakan semoga Ebit Lew dan keluarga untuk terus tabah dan cekal atas kehilangan serta mendoakan arwah ayahandanya ditempatkan pada golongan yang diberkati olehNya.

Jenazah Arwah Akan Dibawah Pulang Ke Muadzam Shah, Pahang

Menurut Ebit Lew, jenazah akan dibawa daripada Gleanagle Hospital ke Masjid Bandar Baru Ampang untuk dimandikan dan kemudian akan terus dibawa ke Muadzam Shah Pahang.

"Pohon doakan buat ayah saya dan hadiahkan AlFatihah" tulisnya

Post a Comment

Previous Post Next Post