Kes Harian COVID-19 Paling Tinggi Pernah Dicatatkan Negara Iaitu Sebanyak 9,180

Kes Harian COVID-19 Paling Tinggi Pernah Dicatatkan Negara Iaitu Sebanyak 9,180

Hari ini dalam sejarah negara Malaysia apabila sekali lagi kes harian COVID-19 dicatatkan paling tinggi iaitu sebanyak 9,180 kes baru. Dari jumlah ini, Selangor mencatatkan 4,400 kes, diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpu dengan 1,271 kes, Negeri Sembilan (889 kes) dan Kedah (417 kes).

Untuk rekod sebelum ini, negara pertama kali mencatatkan kes harian COVID-19 lebih 9k iaitu pada 29 Mei 2021 yang lalu dengan 9,020 kes dan yang terbaru sebelum ini 8,868 kes yang dicatatkan pada 8 Julai 2021.

Kes Harian COVID-19 Paling Tinggi Pernah Dicatatkan Negara Iaitu Sebanyak 9,180

Dengan catatan terbaru ini telah mencatatkan jumlah keseluruhan kes sebanyak 817,838 di seluruh negara dengan Selangor mencatatkan kes tertinggi keseluruhan iaitu sebanyak 277,393 kes. Nampaknya, sejak awal Julai yang lalu jumlah kes COVID-19 terus melonjak naik dari hari ke hari. 

Diharapkan orang ramai untuk sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan. Jika tiada hal yang penting, duduk di rumah. Dan perkara paling penting adalah daftar vaksinanasi melalui aplikasi MySejahtera.

Post a Comment

Previous Post Next Post