Anda Boleh Cuba Resepi Daging Masak Hitam Berempah Sempena Hari Raya Aidiladha

Resepi Daging Masak Hitam Berempah

Hari Raya Aidiladha pastinya sinonim dengan Hari Raya Qurban. Pada hari ini pastinya rata-rata akan menerima daging korban. Jadi dengan daging tersebut, mungkin anda boleh masak pelbagai juadah termasuklah Daging Masak Hitam Berempah.

Dengan daging korban yang diperoleh, pastinya pelbagai juadah yang boleh dimasak untuk seisi keluarga. Jadi untuk anda yang tak tahu nak masak apa, anda boleh cuba resepi mudah ini untuk dimasak dengan menggunakan daging yang diperoleh

Resepi Daging Masak Hitam Berempah

Juadah ini disediakan dan boleh dihidangkan untuk 12 orang. Pastinya cukup untuk seisi keluarga dimakan bersama di rumah.

Bahan-Bahan

  • 600 g daging (hiris nipis)
  • 300 ml santan pekat
  • 2 biji bawang besar (mayang halus)
  • 2 sudu makan cili kisar
  • 2 sudu makan rempah kari
  • 2 sudu makan kicap pekat manis
  • 1 sudu teh serbuk jintan manis
  • 1 sudu teh serbuk jintan putih
  • 1 sudu teh kas-kas
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 4 biji buah pelaga
  • 8 biji bawang merah (kisar)
  • 4 ulas bawang putih (kisar)
  • 3 cm halia (kisar)
  • 2 batang serai (ketuk)
  • 2 helai daun pandan (simpul)
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya


Cara Memasak

1)  Panaskan minyak masak di dalam kuali. Tumis kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, daun pandan dan serai hingga wangi. Masukkan bawang besar yang dimayang halus. Biar sedikit layu

2)  Kemudian masukkan bawang dan halia kisar, cili kisar, rempah kari, serbuk jintan manis, serbuk jintan putih, serbuk kas-kas dan sedikit air. Tumis hingga rempah masak atau terbit minyak

3)  Masukkan daging, santan, kicap. Kacau dan didihkan hingga daging empuk

4)  Tambah garam dan gula secukup rasa. Didihkan lagi hingga kuah pekat

5)  Angkat dan sedia untuk dinikmati


Selamat mencuba...

Baca Juga

0/Post a Comment/Comments