Cara Melanggan Disney+ Hotstar Malaysia Menggunakan Smartphone

Cara Melanggan Disney+ Hotstar Malaysia Menggunakan Smartphone

Selepas diumumkan pada awal Mei yang lalu, kini rakyat Malaysia secara rasmi sudah boleh melanggan Disney+ Hotstar Malaysia. Langganan dengan harga hanya RM54.90 untuk 3 bulan. Ikuti langkah dan cara melanggan disini.

Seperti yang diumumkan sebelum ini, terdapat kandungan Disney+ seperti filem-filem dan Siri Marvel. Ada Loki, The Falcon and The Winter Soldier, dan juga filem seperi Avengers, Black Panther dan banyak lagi.

Untuk Disney+ Hotstar Malaysia juga terdapat kandungan tempatan pada bahagian Local seperti filem J2 : J Retribusi, Ejen Ali The Movie, Munafiq, Single Terlalu Lama, Kekasih Hati Mr. Bodyguard dan beberapa filem dan drama lain juga.

Cara Langgan Disney+ Hotstar Malaysia

Untuk langganan, terdapat 2 cara iaitu melalui aplikasi atau menerusi website www.hotstar.com/my. Untuk tutorial ini, akan ditunjukkan menggunakan smarphone iaitu menerusi aplikasi yang mana langkahnya lebih mudah.

Langkah #1 - Download aplikasi Disney+ Hotstar di Play Store atau App Store.

Langkah #2 - Kemudian buka aplikasi dan klik pada butang Subscibe. Paparan seterusnya anda dapat ketahun kelebihan yang ditawarkan oleh Disney+ Hotstar Malaysia. Langkah seterusnya, klik "Continue"

cara langgan disney plus hotstar malaysia

Langkah #3 - Kemudian anda perlu tetapkan profile dengan masukkan nombor telefon dan kod OTP untuk pengesahan. Akhir sekali masukkan nama dan jantina. Jika sudah selesai klik "Continue"

cara langgan disney plus hotstar malaysia

Langkah #4 -  Akhir sekali boleh mula buat bayaran iaitu RM54.90/3 bulan (sehingga 1 September 2021). Anda boleh buat bayaran menggunakan kad debit/kredit atau menggunakan perbankan online (CIMB, Maybank2u, Bank Islam, BSN dan banyak lagi)

cara langgan disney plus hotstar malaysia

Selesai! Anda kini boleh nikmat semua kandungan Disney+ Hotstar secara On The Go pada bila-bila masa dan diman-mana sahaja.

Baca Juga

0/Post a Comment/Comments