Tidak Lama Lagi, Pelanggan Astro Boleh Menonton Netflix Di Ultrabox Dan Ultibox

Tidak Lama Lagi, Pelanggan Astro Boleh Menonton Netflix Di Ultrabox Dan Ultibox

Astro sebelum ini telah mengumumkan kerjasama dengan syarikat perkhidmatan penstriman antarabangsa Netflix. Hasil kerjasama itu, hari ini Astro mengumumkan dimana perkhidmatan penstriman, Netflix tersebut akan boleh ditonton di Ultrabox dan Ultibox tidak lama lagi.

Ini pastinya akan memudahkan pelanggan Astro terutamanya untuk menonton kandungan Netflix terus daripada dekoder Astro dan tidak perlu lagi platform lain.

Melalui kerjasama ini, pastinya lebih banyak kandungan yang boleh ditonton selain daripada yang dibawah oleh Astro. Anda boleh tonton kandungan film original Netflix, siri original, filem blockbuster, tv shows dan banyak lagi.


Tawaran Netflix Di Astro

Selain itu, selepas ini juga pelanggan Astro dan Netflix di Malaysia boleh menguruskan akses pembayaran yuran langganan Astro dan Netflix dengan lebih mudah iaitu dalam satu yang bil yang sama dan mempunyai nilai tambah yang lebih baik.

Sebelum ini, Astro ada mengumumkan kerjsama dengan HBO Go, kemudian bersama Disney+ Hotstar dan kini bersama Netflix. Semuanya kini dalam satu.

Walaubagaimanapun tiada tarikh rasmi bila pengguna Astro dapat akses Netflix di Ultrabox atau Ultibox. Kumungkinan adalah pada bulan akan datang. Untuk itu, bagi pelanggan Astro yang berminat, sudah boleh buat permohonan sekarang melalui www.astro.com.my/Netflix

Post a Comment

Previous Post Next Post