Tonton Drama Hatimu Sedingin Salju Di TV3 (Slot Akasia)

Drama Hatimu Sedingin Salju Di TV3 (Slot Akasia)

Slot Akasia diteruskan lagi dengan sebuah drama baru bersiri melayu tempatan, drama Hatimu Sedingin Salju bagi menggantikan drama Masih Ada Rindu. Drama baru ini akan mula disiarkan pada 24 Jun 2021 di TV3 dan menerusi aplikasi iQIYI Malaysia. Hatimu Sedingin Salju menampilkan Hisyam Hamid dan Aprena Manrose sebagai watak utama dalam drama terbaru ini.

Sinopsis Drama Hatimu Sedingin Salju

Drama Hatimu Sedingin Salju mengisahkan Arman yang terpaksa lupakan cintanya bagi memberi peluang kepada rakan baiknya, Haikal untuk mendapatkan Rania. Sejak dari itulah, Arman sudah berputus-asa untuk bercinta dan lebih fokuskan kepada kerjayanya iaitu menguruskan syarikat bapanya, Datuk Jamal.

Disebabkan itu, ibubapa Arman kini bimbang kerana anaknya belum berkahwin walaupun sudah meningkat usia. Jadi mereka mulakan plan untuk mempertemukan Arman dengan bakal isterinya dengan membawanya bercuti ke Langkawi.

Tanpa dijangka, disana Arman bertemu kembali dengan Rania iaitu perempuan yang pernah dicintai suatu ketika dahulu. Oleh itu, mereka mula rapat kembali. Dalam masa yang sama, rupanya-rupanya adik Arman iaitu Nabil juga telah menaruh hati kepada Rania dan menyebabkan hubungan adik-beradik itu dingin.

Siapakah yang berjaya dan dapat mencuri hati Rania pada akhirnya? Kena tengok nanti

Drama Hatimu Sedingin Salju Di TV3 (Slot Akasia)

Barisan Pelakon Dan Watak

Antara pelakon dan watak utama dalam drama ini ialah Hisyam Hamid (Arman), Apreena Manrose (Rania), Hafeez Mikail (Nabil) dan Fadhlan Hazim (Haikal).

Mereka turut dibantu oleh Bella Dowanna (Syena), Mustafa Kamal (Dato' Jamal), Zila Bakarin (Puan Noraini), Maria Farida (Datin Mimi), Rahim Jailani (Mahfuz), Scha Elian (Melissa) dan ramai lagi.

Drama Hatimu Sedingin Salju Di TV3 (Slot Akasia)

Waktu Tayangan

Jadi jangan lupa untuk saksikan 28 episod drama Hatimu Sedingin Salju yang ditayangkan setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam di slot Akasia TV3 bermula 24 Jun ini.

Selain itu, anda juga boleh tonton secara online menerusi aplikasi iQIYI Malaysia atau di laman web www.iq.com. Jika anda pengguna VIP, anda boleh tonton terus pada jam 8.00 malam pada hari yang sama atau selepas 24 jam, anda boleh tonton secara PERCUMA.

Drama Hatimu Sedingin Salju Di TV3 (Slot Akasia)

Tonton Semua Episod Drama Hatimu Sedingin Salju

Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4

Episod 5 | Episod 6 | Episod 7 | Episod 8

Episod 9 | Episod 10 | Episod 11 | Episod 12

Episod 13 | Episod 14 | Episod 15 | Episod 16

Episod 17 | Episod 18 | Episod 19 | Episod 20

Episod 21 | Episod 22 | Episod 23 | Episod 24

Episod 25 | Episod 26 | Episod 27 | Episod 28 (Akhir)

Post a Comment

Previous Post Next Post