Cara Semak Adakah Komputer Anda Sokong Windows 11

Cara Semak Adakah Komputer Anda Sokong Windows 11

Semalam, Microsoft baru sahaja melancarkan kemaskini windows terbaru iaitu Windows 11. Dalam pelancaran tersebut, mereka menerangan pelbagai ciri terbaru termasuk peranti yang bakal menyokong kemaskini Windows 11.

Untuk makluman, seperti kemaskini sebelum ini, pengguna Windows 10 akan menawarkan naik taraf ke Windows 11 secara percuma. Akan tetapi peranti seperti laptop atau PC tersebut mestilah penuhi kriteria asas spesifikasi bagi melayakkan untuk dinaiktaraf.

Antara keperluan minima yang diperlukan :

  • 4 GB RAM
  • 64 GB storage
  • 1 GHz bersama 64-bit prosesor

Untuk maklumat lebih lanjut, boleh rujuk microsoft.com/windows-11

Walaupun ianya telah dilancarkan secara rasmi, tetapi Windows 11 masih belum ditawarkan kepada pengguna. Tapi jangan risau, Microsoft akan berikan pada tahun ini juga.

Jadi kalau anda rasa teruja, mungkin anda boleh semak dahulu adakah laptop atau komputer anda layak untuk menyokong Windows 11.

Cara Semak Adakah Komputer Anda Sokong Windows 11

Jika komputer anda penuhi syarat minima dan layak untuk naikt taraf Windows 11, akan akan dapatkannya secara percuma kelak.

Langkah 1 : Download terlebih dahulu software PC Health Check untuk Windows 10 daripada Microsoft ini.

Langkah 2 : Install dan pasang seperti biasa di laptop atau komputer anda sehingga selesai

Langkah 3 : Jika sudah, bukan perisian tersebut dan pada halaman utama, klik pada banner "Check Now"

Cara Semak Adakah Komputer Anda Sokong Windows 11

Langkah 4 : Akan keluar paparan sama ada komputer anda menyokong naik taraf ataupun tidak.

Cara Semak Adakah Komputer Anda Sokong Windows 11


Jadi komputer anda layak ke tidak untuk Windows 11?


Post a Comment

Previous Post Next Post