Disney+ Hotstar Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia Pada 1 Jun Ini

Disney+ Hotstar Malaysia Dilancarkan Pada 1 Jun

Penantian rakyat Malaysia akhirnya berakhir apabila hari ini pihak Walt Disney akan melancatkan platform penstriman Disney+  pada 1 Jun 2021. Seperti yang dijangka sebelum ini, di Malaysia ditawarkan dibawah Hotstar maka jadilah Disney+ Hotstar.

Penonton kini mempunyai sebuah lagi platform pentstriman untuk menikmati kandungan menari dan kali ini dibawah Walt Disney termasuk Disney, Pixar, Marvel, Star Wars serta National Geographic.

Yuran Langganan RM54.90 Untuk 3 Bulan

Bermula 1 Jun itu juga, penonton boleh mula melanggan Disney+ Hotstar secara terus iaitu dengan harga RM54.90 untuk 3 bulan

Selain itu, juga ditawarkan melalui pakej khas Astro bagi menikmati akses kepada koleksi kandungan yang disediakan. Bagi pengguna Astro yang melanggan Astro Movies Pack, bayaran langganan akan ditambah sebanyak RM5 sahaja.

Disney+ Hotstar Malaysia Dilancarkan Pada 1 Jun

Disney+ Hotstar boleh distrim menerusi pelbagai platform. Anda boleh muat turun aplikasi Disney+ di Play Store atau App Store, TV Box dan juga website www.hotstar.com/my. Manakala bagi pengguna Astro, tidak lama lagi, pelanggan boleh nikmati kandungan terus ke Ultra Box dan Ulti Box menjelang hujung 2021.

Setiap akaun yang didaftarkan, ianya menyokong dua penstriman serentak dan juga kandungan boleh dimuat-turun pada telefon pintar atau tablet. Selain itu, ianya juga bebas iklan dan mesra kanak-kanak.

Kandungan

Disney+ Hotstar menyediakan lebih 800 filem dengan 18,000 episod daripada siri popular seperti WandaVision, The Falcon and the Winter Soldier, Loki, filem Avengers: Endgame, Aladdin, Frozen II dan banyak lagi. 

Disney+ Hotstar Malaysia Dilancarkan Pada 1 Jun Ini

Tawaran istimewa bagi pengguna di Malaysia, juga disediakan kandungan hebat daripada filem dan drama siri tempatan Ejen Ali The Movie, KL Special Force, Zombitopia, J2: J Retribusi daripada Media Prima Sdn. Bhd.

Disney+ Hotstar Malaysia Dilancarkan Pada 1 Jun Ini filem tempatan

Teruju?

Tidak Sabar?

Nantikan 1 Jun 2021 nanti Disney+ Hotstar di Malaysia

Post a Comment

Previous Post Next Post