Saksikan Telefilem Pemuja Kubur Di Astro Citra (Citra Exclusive)

Telefilem Pemuja Kubur Di Astro Citra (Citra Exclusive)

Astro sekali lagi membawakan sebuah telefilem seram di slot Citra Exclusive, Pemuja Kubur yang akan menemui penonton pada 5 Jun 2021 di Astro Citra. Jika pada minggu lalu berkaitan Tanah Kubur Peneman dan kini Pemuja Kubur.

Telefilam Pemuja Kubur merupakan arahan Azmir Affandi dengan dibarisi pelakon yang tidak asing dalam dunia lakona seperti Beto Kusyairi, Aedy Ashraf dan Kaka Azraff sebagai peneraju atau watak utama dalam telefilem ini.

Telefilem Pemuja Kubur Di Astro Citra (Citra Exclusive)

Sinopsis Telefilem Pemuja Kubur

Telefilem Pemuja Kubur menceritakan tentang 2 kawan Zarul (Beto Kusyairi) dan Azhar (Aedy Ashraf) yang ingin dan bercita-cita untuk mendapatkan apa yang dihajati tetapi dengan jalan pintas. Zarul ingin menjadi kaya, manakala Azhar ingin mendapatkan kekasih hati untuk berkahwin.

Disebabkan sifat tamak, akhirnya memakan diri apabila mereka berjumpa bomoh. Bomoh tersebut mengarahkan untuk menggali kubur perempuan mati beranak untuk mendapatkan tali pocong sebagai azimat nombor ekor dan mendapatkan minyak dagu.

Tetapi akhirnya, cara mereka tersebut telah memakan diri apabila telah membuatkan mereka di ganggu oleh makhluk halus. Sampai bilakah mereka mampu bertahan? Adakah jalan pulang bagi mereka?

Barisan Pelakon

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem Pemuja Kubur ini ialah Beto Kusyairi, Aedy Ashraf, Kaka Azraff, Elly Suriati, Man Kobena dan ramai lagi.

Telefilem Pemuja Kubur Di Astro Citra (Citra Exclusive)

Pengarah Dan Produksi

Telefilem ini merupakan idea asal daripada Syawal Azrai Que dan diarahkan oleh Azmir Affandi. Manakala skrip dihasilkan oleh Sri Kandi Emma dan Sri Dewi. Syarikat produksi Heritage Movies Sdn. Bhd. merupakan produksi bagi telefilem Pemuja Kubur Ini.

Telefilem Pemuja Kubur Di Astro Citra (Citra Exclusive)

Waktu Tayangan

Telefilem Pemuja Kubur akan menemui penonton pada 5 Jun ini, hari Sabtu, jam 9.00 malam di slot Citra Exclusive di Astro Citra. Anda juga boleh tonton secara On Demand atau menerusi aplikasi Astro Go secara percuma bagi pelanggan Astro.


Post a Comment

Previous Post Next Post