Tonton Cerekarama Nak Balik Kampung Di TV3

Cerekarama Nak Balik Kampung Di TV3

Hujung minggu duduk rumah, kalau bosan-bosan, anda boleh buka tv dan saksikan telefilem Nak Balik Kampung yang akan disiarkan pada 5 Jun 2021 melalui slot Cerekarama TV3. Cerita sesuai untuk tontonan seisi keluarga.

Telefilem santai ini menampilkan barisan pelakon seperti Farahdhiya, Kilafairy dan Amar Asyraf sebagai pelakon utama serta pelakon kanak-kanak adik Nik Adam Mika, adik Duerra Mitilda dan adik Adra Fatihah.

Sinopsis Telefilem Nak Balik Kampung

Telefilem Nak Balik Kampung mengisahkan keluarga Hisyam (Amar Asyraf) yang sudah lama tidak pulang ke kampung kerana sibuk dengan kerja dan juga arahan PKP yang dikeluarkan oleh Kerajaan. Tetapi akhinya, Hisyam mengambil keputusan untuk pulang ke kampung.

Cerekarama Nak Balik Kampung Di TV3

Dalam perjalanan pulang, mereka telah berhenti seketika di hentian Rehat dan Rawat (RnR). Kemudian meneruskan perjalanan seperti biasa. Alangkah terkejutnya apabila sampai di kampung, mereka baru sedar yang anak-anaknya tertinggal di RnR ketika mereka berhenti sebelum ini.

Jadi apakah yang terjadi seterusnya? Dapatkan Hisyam dan isteri berjumpa anak-anaknya kembali selepas ini?

Barisan Pelakon

Telefilem Nak Balik Kampung disertai oleh barisan pelakon seperti Farahdhiya, Kilafairy, Jay Iswazir, Amar Asyraf, adik Nik Adam Mika, adik Duerra Mitilda, adik Adra Fatihah, Elji, Amin Khan, Aziyan Ibrahim dan ramai lagi.

Cerekarama Nak Balik Kampung Di TV3

Produksi Dan Pengarah

Nak Balik Kampung diarahkan oleh pengarah Adam Hamid dibawah syarikat produksi Enuja Production Sdn. Bhd. dan penerbit Zainuddin Haji Mohd Ismail.

Cerekarama Nak Balik Kampung Di TV3

Waktu Tayangan

Cerekarama Nak Balik Kampung akan menemui penonton pada 5 Jun ini, hari Sabtu jam 10.00 malam di TV3. Dalam masa yang sama, anda boleh saksikan secara online melalui platform Tonton.

Post a Comment

Previous Post Next Post