Info Dan Sinopsis Drama Ratu Ten Pin (Astro Ria)

Drama Ratu Ten Pin (Astro Ria)

Drama Ratu Ten Pin akan mula ditayangkan pada 28 Jun 2021 di Astro Ria. Drama ini akan menggantikan drama Scammer sebelum ini. Buat pertama kalinya, sukan boling akan dijadikan intipati utama dalam sebuah drama.

Tidak cukup dengan itu, salah satu watak dalam Ratu Ten Pin akan dipegang oleh bekas pemain kebangsaan, Syaidatul Afifah iaitu sebagai Sandra. Manakala Ratu Boling Negara, Shali Zulkifli akan bergerak sebagai penasihat bagi babak permainan bola sekali gus akan menjadi cameo dalam drama ini. 

Barisan Pelakon

Antara pelakon utama bagi drama Ratu Ten Pin ialah Elisya Sandha (Norma), Syaidatul Afifah (Sandra), Fify Azmi (Reezs), Sheila Rusly (Maria) dan Nazim Othman (Arief).

Selain itu, mereka dibantu oleh barisan pelakon seperti Lisdawati (Maznah), Nasz Sally (Nurin), Esma Daniel (Razak), Hazeeq Dean (Khalid), Wani Kayrie (Suzana), Eizlan Yusof (Dato' Idris), Aleeza Kasim (Datin Marissa) dan ramai lagi.

Drama Ratu Ten Pin (Astro Ria)

Sinopsis Drama Ratu Ten Pin

Drama Ratu Ten Pin mengisahkan 3 gadis remaja yang memasang impian dan cita-cita untuk menjadi atlet boling negara demi. Setiap daripada mereka mempunyai latar belakang penceritaan berbeza yang mereka perlu harungi sehingga berjaya bertanding ke peringkat kebangsaan.

Norma lakonan Elisya Sandha merupakan gadis kampung dan kemudian berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mengubah nasib keluarganya. Beliau sangat meminati boling yang pada awalnya hanya bermain menggunakan botol dan buah kelapa sahaja.

Drama Ratu Ten Pin (Astro Ria)

Manakala Reesz lakonan Fify Azmi pula mempunyai latar belakang keluarga yang kurang baik apabila dia cuba bersabar dengan sikap ayahnya yang sering memarahi ibunya.

Akhir sekali adalah pada watak Sandra yang dimainkan oleh Syaidatul Afifah. Dia merupakan anak kepada pemilik bowling centre yang merupakan seorang pemarah, acah diva dan sering dengan sikap panas baran. Dia tidak boleh tengok orang lebih pandai bermain boling daripadanya.

Adakah mereka berjaya mewakili negara dalam acara suka boling ini? Dapatkan mereka mengharumkan nama negara? Anda kena saksikan kesemua episod drama Ratu Ten Pin di Astro Ria

Pengarah Dan Produksi

Ratu Ten Pin sepenuhnya di arahkan oleh Azman Yahya atau dikenali sebagai Jinggo iaitu dibawah syarikat produksi JS Pictures Sdn. Bhd. Manakala penerbit untuk drama ini sendiri iaitu Shiela Rusly. Lebih menarik, drama telah mendapat nasihat daripada atlet negara sendiri, Shalin Zulkifli bagi semua babak permainan boling.

Drama Ratu Ten Pin (Astro Ria)

Waktu Bersiaran

Untuk peminat sukan boling khususnya, anda kena tengok drama Ratu Ten Pin untuk 16 episod yang akan bersiaran setiap Isnin hingga Khamis, jam 11.00 malam di Astro Ria saluran 104. Anda juga boleh saksikan secara On Demand atau menerusi aplikasi Astro Go dan di Ultrabox.

Post a Comment

Previous Post Next Post