Sebab Gangguan Siaran, Astro Belanja Tayangan Percuma Bermula 1 Julai Ini Selama 14 Hari

Astro Belanja Tontonan Percuma Bermula 1 Julai Ini Selama 14 Hari

Astro hari ini mengumumkan Complimentary Viewing atau tontonan percuma bagi semua pengguna Astro bagi beberapa siaran bermula 1 Julai hingga 14 Julai 2021 untuk 14 hari. Tawaran ini diberi berikutan isu gangguan siaran yang berlaku dalam beberapa hari sebelum ini.

Beberapa hari yang lepas, semua pengguna Astro termasuk pengguna Njoi telah mengalami gangguan siaran sekali gus menjejaskan tontonan untuk beberapa hari. Menurut laporan, isu ini telah pun diselesaikan dan meminta pengguna yang masih terjejas untuk restart dekoder Astro.

Sepanjang tempoh ini, pastinya ramai pengguna yang mengeluh kerana banyak siaran yang tidak boleh ditonton. Hanya saluran Astro Go sahaja dapat diakses dan yang pastinya bukan semua pengguna Astro menggunakan perkhidmatan penstriman tersebut.


Tontonan Percuma Untuk Pelanggan Astro Bermula 1 Julai Ini

Sebagai penghargaan kepada orang ramai yang bersabar sepanjang tempoh pembaik pulih ini, Astro akan memberikan tayangan percuma bagi saluran terpilih seperti dibawah bermula 1 hingga 14 Julai ini. Jadi pengguna boleh nikmatinya secara percuma sepanjang tempoh ini.

  • HBO (CH 411)
  • CINEMAX (CH 412)
  • TVN Movies (CH 416)
  • HITS Movies (CH 401)
  • FAM Movies (CH 400)
  • Astro Box Office BOLLYONE HD (CH 251)
  • BOO (CH 404)
  • OH! K (CH 394)
  • TVN (CH 395)
  • WB Tv (CH 712)
  • FX (CH 713)
  • Crime Investigation (CH 714)
  • HGTV (CH 715)
  • DMAX (CH 716)
  • MTV (CH 718)
  • ANIMAX (CH 719)
  • Cartoon Network (CH 615)
  • Boomerang (CH 619)
  • Nickelodeon (CH 616)
  • Nick Jr. (CH 617)
  • Ta-Daa! (CH 612)
  • National Geographic (CH 551)
  • Discovery (CH 552)
  • Asia Discovery (CH 553)
  • Discovery Science (CH 554)
  • History (CH 555)
  • Animal Planet (CH 556)
  • BBC (CH 512)
  • AlJazeera (CH 513)
  • Sky News HD (CH 514)
  • CNA (CH 515)
  • CNBC (CH 516)
  • Bloomberg Television (CH 517)
  • ABC Australia (CH 518)
  • Astro Awani (CH 501)
  • Bernama (CH 502)
  • CGTN (CH 503)

Ianya juga boleh diakses menerusi aplikasi Astro Go. Walaubagaimanapun, tawaran tontonan percuma ini hanya untuk pelanggan Astro dan tidak melibatkan pengguna Njoi


Post a Comment

Previous Post Next Post