PKP Fasa 1 Diteruskan Sehingga Nilai Ambang Kurang 4,000 Kes - PM

PKP Fasa 1 Diteruskan Sehingga Nilai Ambang Kurang 4,000 Kes - PM

Nampaknya ramai yang ternanti-nanti adakah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Penuh akan disambung atau tidak. Ianya dijadualkan sepatutnya akan tamat pada 28 Jun ini. Tetapi ianya tidak seperti diharapkan apabila PM mengumumkan PKP Fasa 1 tidak tamat esok, iaitu sehingga nilai ambang kurang 4,000 kes.

Hari ini, 27 Jun kes jangkitan COVID-19 telah mencatatkan 5,586 dan pastinya jauh dari nilai ambang 4k tersebut. Oleh itu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan melalui Bernama dimana PKP Fasa 1 tidak akan tamat sehingga 3 indikator dicapai.

Sebelum ini Kerajaan telah mengumumkan 4 Fasa dalam tempoh PKP Penuh ini iaitu Fasa 1, 2, 3 dan 4 dan pada setiap fasa perlulah penuhi indikator yang ditetapkan sebelum pertukar fasa berlaku. Jadi untuk Fasa 1 ini ada 3 iaitu:

  • Purata kes harian COVID-19 menurun dibawah 4,000 kes
  • Sistem kesihatan awam tidak lagi berada di peringkat kritikal termasuk kadar penggunaan katil di ICU pulih ke paras sederhana
  • 10% populasi telah menerima 2 dos suntikan vaksin

“Sekarang mereka kata Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dah nak tamat. Saya kata, mulai sekarang kita tak sebut PKP, tapi kita sebut kita berada dalam fasa, sekarang ini fasa pertama (PPN) sampai Julai mungkin pertengahan bulan dan sebagainya.

Kata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.


sumber : selangorkini

Post a Comment

Previous Post Next Post