Info Dan Sinopsis Drama Siri Scammer Di Astro Ria

Drama Scammer di Astro Ria

Astro kali ini membawakan sebuah drama siri, Scammer dengan genre aksi yang akan mula ditayangkan di Astro Ria mulai 24 Mei 2021. Jadi jangan lupa untuk stay tuned dan saksikan kesemua episod drama ini.

Drama siri Scammer merupakan arahan Labu atau nama penuhnya Norhanisham Muhammad. Barisan pelakon yang membintangi siri ini tidak kurang hebatnya iaitu menampilkan gandingan Kamal Adli, Fasha Sandha dan Siti Saleha.

Sinopsis Drama Scammer

Johari atau Joe (Kamal Adli), ialah seorang Anti Money Laundering Analyst di sebuah bank antarabangsa di Kuala Lumpur. Kerjanya ialah memantau dan melapor kegiatan ‘money laundering’ di kalangan pemegang akaun bank tempatnya bekerja. Selepas dibuang kerja, Joe mula terdesak untuk mencari duit.

Joe bertemu semula dengan kekasih lamanya, Amy (Siti Saleha), seorang peguam bela penjenayah yang terkemuka. Amy mahu gunakan kepakaran Joe dalam selok belok perbankkan dan ‘money laundering’ untuk pindahkan duit kliennya yang cuba lari dari kadar cukai yang tinggi. Tergoda dengan tawaran gaji yang tinggi, Joe setuju bekerja dengan Amy. Melalui kepakaran Joe, klien mereka dapat pindahkan duit keluar negara tanpa dikesan oleh Bank Negara.

Drama Scammer di Astro Ria

Drama Scammer di Astro Ria

Kepakaran Joe dan kecekapan Amy mula dapat perhatian Wong, ketua kongsi gelap besar Kuala Lumpur yang mempunyai rangkaian kegiatan jenayah seperti pelacuran, dadah, pinjaman wang dan judi. Wong arahkan Joe dan Amy ‘cuci’ duit perniagaan haramnya yang bernilai ratusan ribu setiap bulan.

Joe dan Amy terima ‘job’ itu. Mereka mula terima dan ‘cuci’ duit-duit haram itu. Tetapi kegiatan mereka mula dihidu polis yang bernama Darus dan Tahir. Darus ugut akan tangkap Joe jikalau dia enggan beri kerjasama. Khuatir dipenjarakan, Joe dedahkan maklumat dan lokasi duit-duit haram Wong disimpan.

Drama Scammer di Astro Ria

Tanpa disangka-sangka, Darus dan Tahir adalah penipu yang menyamar menjadi polis dan situasi tambah gawat apabila semua duit halal milik Wong telah hilang dicuri. Nyawa Joe dan isterinya dalam bahaya. Wong beri Joe masa 48 jam untuk cari semula wangnya yang telah hilang itu!

Barisan Pelakon

Antara pelakon yang membarisi drama siri Scammer ialah Kamal Adli, Siti Saleha, Fasha Sadha, Arasha Mohd, Ahmad Iswazir Ismail, Brian Chan, Anuar Chew, Hasnul Rahmat, Muaz Fitri, Didie Alias, Megat Sharizal, Tony Eusoff dan ramai lagi.

Drama Scammer di Astro Ria

Produksi Dan Pengarah

Drama ini merupakan terbitan Radius One Sdn. Bhd. yang mana merupakan karya daripada pengarah Norhanisham Muhammad.

Waktu Siaran

Drama Scammer akan bersiaran untuk 20 episod yang disiarkan setiap Isnin hingga Khamis, jam 11.00 malam di Astro Ria bermula 24 Mei ini. Jika terlepas, anda boleh saksikan secara On Demand di Astro atau menerusi aplikasi Astro Go dan Ultra Box.

Episod 1 Drama Scammer

Episod 2 Drama Scammer

Episod 3 Drama Scammer

Episod 4 Drama Scammer

Post a Comment

Previous Post Next Post