Saksikan Telefilem Rompak Raya Saluran Awesome TV (Ohsem Tele)

Telefilem Rompak Raya Saluran Awesome TV (Ohsem Tele)

Slot Ohsem Tele diteruskan lagi minggu ini menerusi telefilem Rompak Raya yang dibawa khas sempena Hari Raya Aidilfitri yang akan disiarkan pada raya ke-4 iaitu pada 16 Mei 2021.

Slot kali ini diisi dengan cerita Rompak Raya selepas cerita Musafir Ke? pada minggu lepas. Ini juga telefilem terbaru daripada Amerul Affendi di selepas Pang Pokok Ketapang juga menerusi slot Ohsem Tele di Awesome TV. Kali ini beliau digandingkan dengan hero Malaya, Syafiq Kyle.

Telefilem Rompak Raya Saluran Awesome TV (Ohsem Tele)

Sinopsis Telefilem Rompak Raya

Telefilem Rompak Raya mengisahkan Awie (Syafiq Kyle) dan Amy (Amerul Affendi) yang memerlukan duit untuk menyambut hari raya. Akan tetapi, mereka tidak mempunyai duit yang cukup, lalu mereka nekad untuk melakukan sebuah rompakan iaitu sehari sebelum raya.

Tanpa disangka mereka dikepung oleh polis dan terperangkap dalam kedai tersebut bersama Mak Teh, Suraya dan Geeta. Apakah yang terjadi seterusnya? Adakah Awie dan Amy akan ditangkap oleh polis pada akhirnya?

Telefilem Rompak Raya Saluran Awesome TV (Ohsem Tele)

Barisan Pelakon

Telefilem ini menampilkan Syafiq Kyle dan Amerul Affendi memegang sebagai watak utama. Selain itu, mereka dibantu oleh pelakon lain seperti Aishah Atan, Haeriyanto Hassan, Naque Ariffin, Nesa Idrus, Amir Ameezan, Sri Idrina, Farazeeqa, Aryan Adzrin dan ramai lagi.

Pengarah Dan Produksi

Rompak Raya merupakan sebuah telefilem arahan Ariff Zulkarnain. Manakala skrip dihasilkan oleh Amar Amir. Ianya merupakan hasil terbitan daripada syarikat produksi Space Vision Sdn. Bhd. dengan penerbit MYO.

Telefilem Rompak Raya Saluran Awesome TV (Ohsem Tele)

Waktu Tayangan

Jadi jangan lupa untuk saksikan telefilem komedi, Rompak Raya pada 16 Mei ini, hari Ahad, jam 9.00 malam di Awesome TV saluran Astro 123 dan MyTV 112. Anda juga boleh tonton secara online di website Awesome TV di www.awesometv.my selepas beberapa hari tayangan di tv.

TONTON DISINI/preview/button/

Post a Comment

Previous Post Next Post