Saksikan Telefilem Puaka Hari Raya Di Astro Citra (Citra Exclusive)

Telefilem Puaka Hari Raya Di Astro Citra (Citra Exclusive)

Sebuah telefilem seram, Puaka Hari Raya yang mengisahkan seorang ibu yang rindukan anaknya. Sempena Aidilfitri, Astro Citra membawakan cerita ini yang akan ditayangkan pada 15 Mei 2021 menerusi slot Citra Exclusive.

Sepertinya sama seperti telefilem sebelum ini, Ibu Belum Mati yang mengisahkan seorang ibu dan anak. Kali ini pastinya pengarah Feroz Kader akan memberikan sebuah penceritaan yang baru bagi telefilem Puaka Hari Raya ini.

Sinopsis Telefilem Puaka Hari Raya

Ianya mengisahkan Fahmi (Hisyam Hamid) yang menderhaka kepada ibunya dan lari meninggalkan kampung pada malam raya. Setelah beberapa tahun dia kembali namun yang menantinya adalah “puaka” yang menculik anak-anak kecil sebagai ganti kerana merindui Fahmi.

Ibunya, Fatimah (Khatijah Tan) yang telah meninggal dunia seorang diri pada malam raya menghantui kanak-kanak setiap malam raya kerana merindui anaknya.

Telefilem Puaka Hari Raya Di Astro Citra (Citra Exclusive)

Barisan Pelakon

Antara pelakon yang membarisi telefilem Puaka Hari Raya ialah Hisyam Hamid, Khatijah Tan, Sharul Kamal, Aman Aziz, Ummar Dzariff dan ramai lagi.

Produksi Dan Pengarah

Feroz Kader dipertanggungjawabkan untuk mengarah telefilem ini menerusi penulisan skrip daripada Srikandi Emma dan Seri Dewi. Manakala Datin Sri Noraini Abdul Jalil, Jan Mohd Amin dan Feroz Kader adalah penerbit bagi cerita ini bersama pihak produksi daripada syarikat FJ Pictures Sdn. Bhd.

Telefilem Puaka Hari Raya Di Astro Citra (Citra Exclusive)

Waktu Tayangan

Anda boleh tonton telefilem Puaka Hari Raya ini pada 15 Mei 2021, hari Sabtu, jam 9.00 malam menerusi slot Citra Exclusive di Astro Citra saluran 108. Selain itu, boleh juga tonton secara On Demand atau melalui aplikasi Astro Go.

Post a Comment

Previous Post Next Post