Saksikan Telefilem Pang Pokok Ketapang Di Awesome TV (Ohsem Tele)

Telefilem Pang Pokok Ketapang Di Awesome TV (Ohsem Tele)

Telefilem Pang Pokok Ketapang akan menemui penonton pada 25 April 2021 melalui slot Ohsem Tele di Awesome TV. Jadi anda boleh menonton bersama keluarga pada hujung minggu ini.

Mana yang merindui lakonan Amerul Affendi, kali ini beliau kembali bagi memegang watak utama dalam telefilem Pang Pokok Ketapang arahan Muzammer Rahman

Sinopsis Telefilem Pang Pokok Ketapang

Telefilem Pang Pokok Ketapang mengisahkan Irfan (Amerul Affendi) atau dipanggil Pang merupakan pemuda berusia 21 tahun yang tinggal bersama ibu, serta 5 beradik di sebuah Kawasan perumahan murah.

Telefilem Pang Pokok Ketapang Di Awesome TV (Ohsem Tele)

Oleh kerana adik-beradik ramai dan rumah sempit, Pang banyak menghabiskan masa di tempat kerjanya, sebuah kedai cuci kereta Pokok Ketapang, kerana kedai cuci keretanya banyak pokok ketapang.

Kerana krisis air di Selangor, Pang dan kawan sekerjanya Ah Lee mencuri air di surau untuk digunakan mencuci kereta di tempat kerjanya. Apakah yang terjadi seterusnya? Saksikan di Awesome TV

Barisan Pelakon

Antara pelakon yang membarisi telefilem ini ialah Amerul Affendi, Hafizul Kamal, Ezzaty Abdullah, Dian P.Ramlee, Jay Iswazir dan ramai lagi. Juga ada penampilan istimewa iaitu Jemson dan Mawi Masdo.

Telefilem Pang Pokok Ketapang Di Awesome TV (Ohsem Tele)

Produksi Dan Pengarah

Telefilem ini diarahkan oleh Muzzamer Rahman dari penerbit MYO bersama-sama syarikat produksi Space Vision Sdn. Bhd. Muzzamer bertindak sebagai penulis skrip untuk cerita ini.

Telefilem Pang Pokok Ketapang Di Awesome TV (Ohsem Tele)

Waktu Tayangan

Jadi jangan lupa pada 25 April ini, saksikan telefilem Pang Pokok Ketapang, hari Ahad, jam 9.00 malam di Awesome TV saluran Astro 123 dan MyTV 112. Anda juga boleh saksikan melalui laman web Awesome TV di www.awesometv.my

TONTON DISINI/button

Post a Comment

Previous Post Next Post