Resepi Satay Ayam Dan Daging Bakar Menggunakan Air Fryer

Resepi Satay Ayam Dan Daging Bakar Menggunakan Air Fryer

Lazimnya, juadah satay bila dihidangkan secara bakar di atas bara, tetapi sebenarnya anda juga boleh masak menggunakan Air Fryer. Wanita ini kongsikan resepi satay ayam dan daging bakar menggunakan Air Fryer sahaja.

Jadi jika anda tidak berkesempatan untuk bakar sate di atas dapur atau atas bara api, anda boleh menggunakan air fryer yang anda ada dengan hanya tetapkan susu dan masa yang sesuai seperti yang dikongsikan oleh Riena Eris di facebooknya.

Boleh juga beli satay frozen yang telah siap dan perlu dibakar sahaja. Boleh beli secara online di Shopeealert-info

Resepi Satay Ayam Dan Daging Bakar Menggunakan Air Fryer

Juadah sate pastinya akan dihidangkan bersama nasi impit dan kuah kacang. Jadi kepada anda yang sedang mencari resepi sate untuk makan bersama keluarga, anda boleh ikuti resepi ini. Boleh dimasak menggunakan Air Fryer juga.

Sebenarnya anda boleh sahaja masak tanpa minyak, tetapi jika anda mahukan nampak cantik dan berkilat-kilat pada satay tersebut, boleh sapukan madu, air dan minyak serai sedikit sebelum mula air fry.

Bahan-Bahan

  • Isi ayam 1kg (potong kiub)
  • Daging lembu setengah kg (potong kiub)

Bahan Blend

  • 5 biji bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • 2 inci halia
  • 4 barang serai

*blend kesemua bahan ini dan bahagikan kepada 2 bekas iaitu untuk ayam dan daging

Cara Memasak Satay

1.  Perapkan kesemua bahan-bahan bersama ayam dan daging yang telah dipotong kuib. Sebatikan perapan semalaman di dalam peti ais. Lagi lama perap, lagi sedap.

Resepi Satay Ayam Dan Daging Bakar Menggunakan Air Fryer

2.  Kemudian cucuk satay dengan lidi dan mula bakar atau masak dalam Air Fryer. Tetapkan suhu 180°C - 200°C untuk masa 40 minit.

Resepi Satay Ayam Dan Daging Bakar Menggunakan Air Fryer

Bahan Kuah Kacang

  • 10 tangkai cili kering (di blend dan tumis)
  • 1 serai ketuk
  • Kacang tanah (digoreng dan dikisar)
  • Air asam jawa

Cara Buat Kuah Kacang

1.  Air lebihan perapan satay jangan dibuang, ianya boleh digunakan untuk buat kuah kacang. Anda hanya perlu tambah bahan diatas.

Resepi Satay Ayam Dan Daging Bakar Menggunakan Air Fryer

2.  Kemudian masak sampai pecah minyak. Akhir sekali, perasakan dengan gula dan garam.

3.  Sedia untuk dihidangkan satay ayam dan daging bersama kuah kacang. Juga bersama hirisan timun dan hirisan bawang.


sumber : Riena Eris

Baca Juga

0/Post a Comment/Comments