Saksikan Telefilem Jeti Di TV3



Saksikan Telefilem Jeti Di TV3

Saksikan sebuah telefilem sedih, Jeti yang akan ditayangkan di TV3 sempena Hari Raya Aidilftiri ini iaitu pada Hari Raya Ke-2, 14 Mei 2021 di TV3.

Jika sebelum ini, beliau datang dengan karya Delen, kali ini Janna Nick sekali lagi memberanikan diri mengarahkan sebuah lagi telefilem bertajuk Jeti. Bukan itu sahaja, barisan pelakon juga tidak kurang hebatnya apabila ada Ibu Fauziah Nawi dan Nabila Huda.

Sinopsis Telefilem Jeti

Telefilem Jeti mengisahkan Zaiton (Nabila Huda) yang mengalami perkara yang sama dengan ibunya (Fauziah Nawi), Fatimah dimana mereka berdua diceraikan selepas melahirkan anak.

Fatimah amat menyayangi cucunya, Siti dan cuba sedaya-upaya untuk memberikan yang terbaik untuk Siti. Zaiton pula membenci anaknya. Fatimah terpaksa berhadapan dengan kebencian penduduk kampung apabila satu tragedi telah terjadi. Apakah yang berlaku? Saksikan telefilem ini sehingga penghujung.

Saksikan Telefilem Jeti Di TV3

Barisan Pelakon

Telefilem Jeti menampilkan barisan pelakon utama seperti Fauziah Nawi, Nabila Huda dan Fifi Laura. Serta dibantu oleh Jay Iswazir, Josiah Hogan, Shyrim Husni dan ramai lagi

Saksikan Telefilem Jeti Di TV3

Produksi Dan Pengarah

Telefilem ini merupakan idea asal daripada pengarahnya sendiri iaitu Janna Nick dengan hasil penulisan skrip daripada Rehal Nuharis. Syarikat produksi yang bertanggungjawab bagi menghasilkan telefilem ini ialah daripada JN Studios & Entertainment.

Waktu Siaran

Telefilem Jeti telah ditayangkan pada hari raya ke-2, iaitu pada 14 Mei 2021 pada hari Jumaat jam 4.00 petang di TV3

Post a Comment

Previous Post Next Post