Seleksi 7 Resepi Kerepek Raya Paling Popular Untuk Hari Lebaran

resepi kerepek raya paling popular

Pada hari raya, selain daripada kuih, mesti juga dihidangkan bersama kerepek raya. Tidak boleh tidak, mesti ada 1 ke 2 jenis kerepek untuk santapan tetamu yang datang. Ini adalah antara resepi kerepek raya paling popular sempena Hari Raya Aidilfitri.

BACA : Resepi Kerepek Bawang, Popia Simpul Dan Rempeyek. Boleh Dibuat Ketika Hari Raya

Setelah kenyang menikmati sajian utama, sambil beramah mesra dengan tetamu yang bertandang, bolehlah nikmati kudapan-kudapan ringan pula. Antaranya boleh nikmati kuih kapit, kerepek bawang, rempeyek, kerepek karas dan banyak lagi.

7 Resepi Kerepek Raya Paling Popular

Berikut merupakan antara kerepek raya paling popular yang pasti menjadi kegemaran ramai tidak kira tua dan mudah. Nak cuba buat sendiri? Jom lihat resepinya

#1 - Sarang Tebuan

kuih Sarang Tebuan

Bahan-Bahan

  • 500g tepung beras
  • 3 biji telur
  • 300ml santan
  • 200ml air gula
  • 1 sudu teh esen ros

Cara Memasak

1)  Bancuh tepung bersama air gula dan gaul rata

2)  Masukkan telur bersama sedikit esen ros. Kacau sebati

3)  Kemudian tuangkan santan pekat dan kacau lagi sehingga sekata

4)  Panaskan acuan kuih sarang tebuan dengna mencelup ke dalam minyak panas seketika kemudian celupkan ke dalam adunan

5)  Masukkan kembali ke dalam minyak panas dan kuis sedikit dengan menggunakan lidi bagi mengeluarkan kuih dari acuannya. Goreng sehingga kekuningan

6)  Angkat dan toskan minyak

#2 - Lidah Buaya

Lidah Buaya

Bahan-Bahan

  • 1kg tepung gandum
  • 10ml air garam
  • 2 sudu makan tepung sagu
  • 3 sudu makan merjerin
  • 2 sudu makan minyak masak

Cara Memasak

1.  Satukan marjerin bersama tepung gandum dan masukkan air garam. Gaul sehingga menjadi doh yang lembuat. Canai nipis

2.  Untuk penyediaan gamnya, satukan minyak masak bersama tepung sagu dan kacau sebati

3.  Sapukan gam diatas permukaan doh yang dicanai nipis tadi dan gulung kemas

4.  Potong adunan nipis dan tekan sedikit. Goreng sehingga kekuningan

5.  Angkat dan toskan minyak. Kemudian sadur kuih bersama gula halus

#3 - Kuih Kapit Asli

Kuih Kapit Asli

Bahan-Bahan

  • 250g tepung gandum
  • 150g gula
  • 1 setengah cawan santan
  • 2 biji telur
  • Sedikit garam
  • Minyak masak secukupnya

Cara Memasak

1.  Pecahkan telur dan pukul bersama gula hingga sedikit kembang

2.  Kemudian masukkan santan diikuti dengan tepung gandum dan garam. Gaul sebati. Pastikan adunan tidak terlalu cair atau terlalu pekat

3.  Panaskan acuan kuih kapit dengan mencelupnya ke dalam kuali berisi minyak masak yang dipanaskan

4.  Sudukan 2 sudu makan adunan ke dalam acuan kuih kapit. Bersihkan lelehan adunan di bahagian luar acuan dan celupkan kembali ke dalam kuali berisi minyak tadi

5.  Goreng sehingga adunan kelihatan garing dan berwarna keemasan

6.  Buka acuan kuih kapit dan lipat dengan segera. Simpan di dalam bekas yang bersesuain

#4 - Karas

Karas

Bahan-Bahan

  • 1kg tepung beras
  • 720g gula putih
  • 750ml air
  • 1 setengah minyak masak

Cara Memasak

1.  Masukkan air ke dalam periuk

2.  Kemudian masukkan gula dan kacau sehingga mendidih. Biarkan sejuk

3.  Bila sudah sejuk, masukkan air gula ke dalam tepung dan kacau sebati (seperti bancuhan goreng pisang)

4.  Panaskan minyak, masukkan bancuhan ke dalam acuan karas dan bentkkan di dalm kuali

5.  Goreng sehingga warnanya kekuning-kuningan. Balik-balikkan dan angkat.

#5 - Popia Mini Serunding

Popia Mini Serunding

Bahan Popia

  • Kulit popia secukupnya (dipotong segi empat tepat kecil)
  • Minyak masak untuk menggoreng

Bahan Serunding Ikan

  • 500g ikan sardin (direbus dengan sedikit garam)
  • 250ml santan
  • 10 tangkai cili kering (dikisar)
  • 10 ulas bawang merah (dikisar)
  • 4 ulas bawang putih (dikisar)
  • 3 batang serai (dikisar)
  • 2cm halia (dikisar)
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 60ml minyak masak

Cara Memasak

1)  Asingkan isi ikan dan tumbuk halus. Ketepikan seketika

2)  Panaskan minyak masak di dalam kuali dan masukkan bahan kisar

3)  Kemudian masukkan isi ikan dan tambahkan santan sedikit demi sedikit

4)  Perasakan dengan garam serta gula dengan secukupnya. Kacau sehingga serunding menjadi kering

5)  Bagi menyediakan popia, ambil kulit popia dan letakka sedikit serunding

6)  Gulung seperti popia biasa dan sapu sedikit air dihujungnya bagi melekatkan kulit popia. Ulang langkah sehingga habis

7)  Panaskan minyak dengan banyak dan goreng popia sehingga garing

#6 - Kacang Tanah Berempah

Kacang Tanah Berempah

Bahan-Bahan

  • Setengah kg kacang tanah
  • 2 setengah cawan tepung beras
  • Setengah cawan santan
  • 1 setengah makan serbuk kari
  • 1 sudu makan serbuk cili
  • Sedikit lada sulah
  • Sedikit garam
  • 1 biji telur
  • 1 setengah sudu makan gula
  • Setengah cawan air
  • Minyak masak secukupnya

Cara Memasak

1)  Bancuh 2 cawan tepung bersama bahan-bahan lain kecuali air dan kacang. Gaul sebati

2)  Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga menjadi adunan likat

3)  masukkan kacang dan gaul rata

4)  Tabur lebihan tepung beras di atas bancuhan kacang tadi

5)  Panaskan minyak dan goreng sehingga garing. Angkat.

#7 - Maruku Ikan Bilis

Maruku Ikan Bilis

Bahan-Bahan

  • 250g tepung gandum
  • 2 sudu makan ikan bilis (direndam)
  • 2 sudu makan cili kisar
  • 2 ulas bawang putih (ditumbuk halus)
  • 1/4 sudu teh jintan manis (ditumbuk)
  • 1/4 sudu teh jintan putih (ditumbuk)
  • 2 biji telur
  • 3 sudu makan minyak (dipanaskan)
  • 1 sudu teh garam
  • 6 helai daun kari (dihiris)
  • 1 cawan air

Cara Memasak

1)  Panaskan 3 sudu makan minyak dan masukkan ke dalam tepung. Gaul rata

2)  Masukan telur dan bahan-bahan lain. Tambahkan air sedikit sedikit dan uli sehingga menjadi doh yang lembut

3)  Masukkan doh ke dalam acuan muruku dan tekan doh ke dalam minyak panas

4)  Angkat dan toskan minyak. Sedia untuk dinikmati


Selamat mencuba...

Baca Juga

0/Post a Comment/Comments