Aktiviti Rentas Negeri Dan Daerah Dilarang Seluruh Negara Bermula Isnin Ini, 10 Mei 2021

Aktiviti Rentas Negeri Dan Daerah Dilarang Di Seluruh Negera Bermula Isnin Ini, 10 Mei 2021

Melalui pengumuman yang dibuat oleh Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri, segala aktivti rentas negeri dan daerah di seluruh negara tidak dibenarkan mulai 10 mei sehingga 6 Jun 2021 tanpa kebenaran pihak polis.

Walaubagaimanapun, menurut laporan Astroawani, mereka yang perlu juga merentas daerah untuk bekerja, mereka tidak perlukan permit atau kebenaran daripada pihak PDRM, sebaliknya hanya perlu kemukaan surat pengesahan syarikat sahaja.

Aktiviti Rentas Negeri Dan Daerah Dilarang Seluruh Negara Bermula Isnin Ini, 10 Mei 2021

Aktiviti Sosial Tidak Dibenarkan

Selain itu, semua aktiviti seperti berikut juga tidak dibenarkan berkuatkuasa 10 Mei iaitu:

  • Aktiviti sosial, pendidikan dan aktiviti ekonomi yang boleh menyebabkan perhimpunan atau kesesakan awam
  • Aktviti rasmi, sosial dan aktiviti bersemuka oleh kerajaan dan swasta

Bagaimanapun, ujar Ismail Sabri, keputusan ini akan disemak semula selepas 2 minggu. Untuk kemaskini terbaru beserta SOP sepanjang tempoh PKP, boleh rujuk laman web MKN di www.mkn.gov.my


sumber : astroawani

Post a Comment

Previous Post Next Post