Resepi Kerepek Bawang, Popia Simpul Dan Rempeyek. Boleh Dibuat Ketika Hari Raya

Resepi Kerepek Bawang, Popia Simpul Dan Rempeyek. Boleh Dibuat Ketika Hari Raya

Tidak sempurna Hari Raya atau majlis rumah terbuka kalau tiada aneka snek kerepak seperti kerepek bawang, popia simpul dan rempeyek. Kebiasaanya kita dapat lihat banyak terutamanya ketika menjelang Lebaran.

Setelah kenyang nikmat santapan berat, barulah boleh nikmati kudapan-kudapan ringan pula. Sebenarnya selain daripada hari raya, kudapan atau kerepek-kerepek ini juga kini boleh dinikmati pada bila-bila masa dan bukan sahaja ketika musim perayaan.

Jadi nak cuba buat kerepek bawang, popia simpul atau rempeyek sendiri? Ikuti perkongsian resepi snek viral ini yang anda boleh buat di rumah dengan mudah sahaja.

Jika sudah siap nanti, boleh dihidangkan juadah kerepek hari raya ini kepada tetamu.

Resepi Kerepek Bawang, Popia Simpul Dan Rempeyek Rangup Confirm Sedap!

Jadi terdapat 3 seleksi resepi yang anda boleh cuba iaitu resepi kerepek bawang, popia simpul dan rempeyek

1. Resepi Kerepek Bawang

kerepek bawang

Bahan Doh Pedas

  • 3 cawan tepung gandum
  • 2 sudu makan cili boh
  • 2 biji bawang besar (kisar)
  • 6 ulas bawang putih (kisar)
  • Garam dan perasa secukupnya
  • Air secukupnya

Bahan Doh Putih

  • 3 cawan tepung gandum
  • 2 sudu makan marjerin
  • Garam dan perasa secukupnya
  • Air secukupnya

Cara Memasak

1.  Satukan bahan-bahan doh pedas kemudian masukkan air sedikit demi sedikit. Uli sehingga jadi doh. Ulang proses yang sama untuk doh putih.

2.  Canai doh putih dan doh pedas hingga nipis

3.  Ambil doh pedas dan letakkan diatas doh putih tadi

4.  Gulung dengan kemas dan hiris nipis

5.  Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan. Jika sudah masak, angkat.

6.  Siap untuk disimpan di dalam balang kuih raya

2.  Popia Simpul

popia simpul

Bahan-Bahan

  • Kulit popia secukupnya

Bahan Serunding Ikan Bilis

  • 1 mangkuk ikan bilis yang siap dikopek
  • 12 tangkai cili kering (rebus)
  • 1 biji bawang besar (potong kecil)
  • 5 ulas bawang putih (potong kecil)
  • 5 batang serai (potong kecil)
  • Sedikit halia (potong kecil)
  • 1/2 cawan air
  • 1/2 cawan santan pekat
  •  2 sudu makan gula
  • 2 sudu makan minyak masak
  • 1 sudu teh garam

Cara Memasak

1.  Cuci ikan bilis dan rebus hingga mendidih. Toskan dan kisar guna pengisar kering

2.  Masukkan bawang besar, bawang putih, serai, halia, cili kering, santan dan air. Kisar hingga sebati

3.  Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan bahan-bahan yang telah dikisar tadi. Kacau selama 5 minit. Masukkan gula dan garam.

4.  Masukkan ikan bilis yang telah dikisar. Kacau sehingga kering. Angkat dan sejukkan

5.  Sediakan kulit popia. Gunting kecil-kecil (1 keping kulit popia dipotong 8)

6.  Letakkan sedikit serunding atas kulit popia dan simpul kemas. Buat hingga habis.

7.  Goreng hingga masak

8. Siap untuk dihidangkan kedalam balang kuih raya

3.  Resepi Rempeyek

Resepi Rempeyek

Bahan-Bahan

  • 2 cawan tepung beras
  • 2 cawan santan
  • 1 sudu makan air kapur
  • 1 biji telur
  • 100g kacang tanah
  • 60g ikan bilis
  • 10g udang geragau (ditumbuk kasar)
  • 1 sudu makan jintan manis (ditumbuk kasar)
  • 1 sudu makan ketumbar (ditumbuk kasar)
  • 1 sudu makan jintan putih (ditumbuk kasar)
  • 2 sudu teh gula
  • 1 sudu teh garam

Cara Memasak

1.  Campurkan semua bahan (kecuali kacang tanah dan ikan bilis) dalam mangkuk besar. Kacau sampai bancuhan tak berketul. Panaskan minyak untuk menggoreng

2.  Rendam acuan dalam minyak panas terlebih dahulu (tips untuk bancuhan tak meletak dan senang tanggal)

3.  Tuangkan bancuhan dalam acuan tadi dan tabur kacang serta ikan bilis

4.  Biarkan rempeyek sampai berwarna keperangan. Angkat dan toskan. Masak guna api sederhana supaya elak rempeyek cepat hangus.


Selamat mencuba...

Post a Comment

Previous Post Next Post