TV AlHijrah Bawakan Khatam Al-Quran Perdana Selama 12 Jam Terus Menerus

TV AlHijrah Bawakan Khatam Al-Quran Perdana Selama 12 Jam Terus Menerus

Sempena bulan Ramadan, TV AlHijrah bawakan program khatan Al-Quran perdana yang disiarkan secara langsung selama 12 jam dengan dibarisi gabungan Qari tempatan dan selebriti tanah air.

Bulan Ramadan juga digelar dengan bulan Ibadah, jadi umat Islam seluruh dunia akan berlumba-luba melalui amal ibadah kepada Allah lagi-lagi bila tiba sepuluh malam terakhir pada bulan yang mulia ini.

Jadi TV AlHijrah tidak mahu ketinggalan mengajak orang ramai beramal ibadah pada hari-hari terakhir Ramadan ini. Sekali gus, mereka ingin mengajak penonton sama-sama mengalunkan bacaan ayat suci Al-Quran menerusi sebuah program khas iaitu Khatam Al-Quran Perdana.

Program Khatam Al-Quran Perdana

Ianya sebuah rancangan televisyen yang akan disiarkan secara langsung pada Ahad, 9 Mei 2021 bersamaan dengan 27 Ramadan 1442H di TV AlHijrah. Rancangan ini akan membawa penonton untuk sama-sama membaca al-quran bermula dengan surah-surah pilihan sehinggalah tamat akhir ayat.

TV AlHijrah Bawakan Khatam Al-Quran Perdana Selama 12 Jam Terus Menerus

Apa yang lebih menarik, rancangan ini buat pertama kali akan disiarkan terus menerus selama 12 jam siaran iaitu bermula 7 pagi hingga 7 malam. Jadi sepanjang rancangan ini berlangsung, ramailah Qari yang akan mengalunkan bacaan ayat suci Al-Quran.

Antara mereka yang terlibat ialah Sheikh Mahmoud Al-Wosabi, Ustaz Fazrul Ismail, Ustaz Tirmizi Ali, Ustaz Tarmizi Abdul Rahman, Ustaz Nabil Ahmad dan Dr. Ahmad Sanuzi Azmi. Selain itu terdapa selebriti tanah air seperti Zizi Kirana, Amie Sofia, Diana Amir, Farah Diana Anuar, PU Rozi Harun dan Chef Nabil Salleh.

Acara kemuncak apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri akan hadir ke Studio Penyiaran Digital TV AlHijrah untuk menyertai kemuncak Khatam Al-Quran Perdana yang dijadualkan bermula selepas waktu Asar.

TV AlHijrah Bawakan Khatam Al-Quran Perdana Selama 12 Jam Terus Menerus

Beliau sama-sama akan mengalunkan bacaan dan juga akan menyampaikan tazkirah serta membaca doa kesejahteraan buat seluruh rakyat Malaysia.

Anda juga boleh menyumbangkan bacaan secara dalam talian iaitu menerusi aplikasi Zoom. Untuk ketahui lebih lanjut, boleh pergi ke laman facebook TV AlHijrah dengan klik pautan disini dan ikuti langkah yang disediakan.

Jadi jangan lepaskan peluang ini, untuk tadarrus bersama atau setidaknya mendengar bacaan ayat suci Al-Quran di saluran MyTV 114, Unifi TV 114, Astro 114 dan NJOI 114 juga. Selain itu, anda juga boleh ikuti bacaan secara langsung menerusi live facebook di TV Alhijrah pada 8 Mei 2021 bermula 7 pagi hingga 7 malam.

Semoga amalan kita diterima olehNya

Post a Comment

Previous Post Next Post