Pembayaran Fasa 2 Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Dibuat Mulai 7 Mei 2021

Pembayaran Fasa 2 BPR Mulai 7 Mei 2021

Melalui kenyataan media yang dikeluarkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Zafrul memaklumkan dimana bayaran Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) akan dibuat secara berperingkat mulai 7 Mei 2021 iaitu Jumaat ini.

Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) akan memanfaatkan bagi golongan B40 terutamanya. Untuk Fasa 1 pembayaran telah dibuat kepada 8.4 juta penerima (RM1.93 bilion) dari 24 Februari hingga 1 April 2021 yang lalu.

Kini, Fasa 2 BPR menyusul untuk memanfaatkan jumlah penerima yang sama, merangkumi 3.6 juta isi rumah, 1 juta warga emas (bujang/tiada pasangan) dan 3.8 juta individu bujang dengan nilai RM2.75 bilion.

Kadar Bayaran Fasa 2 BPR

Jika untuk Fasa 1, penerima dari kategori isi rumah menerima RM300 dan penerima bujang menerima RM150. Kini untuk Fasa 2, pembayaran kepada penerima adalah di antara RM150 hingga RM600.

nilai bpr fasa 2

Jadi bermula 7 Mei 2021, anda boleh buat semakan status kelulusan Bantuan Prihatan Rakyat di portal BPR atau klik pautan dibawah

SEMAK DISINI/link/button

Pembayaran ini akan disalurkan seperti berikut:

Jenis Penerima Tarikh Pembayaran Cara Pembayaran
Isi Rumah, Warga Emas dan Individu Bujang 7-12 Mei 2021 Terus dikreditkan ke dalam akaun bank
Penerima yang tidak mempunyai akaun bank
(termasuk Sabah & Sarawa)
17 Mei 2021 Melalui cawangan Bank BSN

Manakala bagi mereka yang tidak layak dan ingin membuat permohonan, anda boleh berbuat demikian talam tempoh permohonan rayuan yang akan dibuka mulai 15 hingga 30 Jun 2021 kelak melalui pautan bpr.hasil.gov.my


sumber : Kementerian Kewangan Malaysia


Post a Comment

Previous Post Next Post