6 Daerah Di Selangor Bertukar Status Kepada PKP Bermula 6 Mei Hingga Hari Raya

6 Daerah Di Selangor Bertukar Status Kepada PKP Bermula 6 Mei Hingga Hari Raya

Melalui sidang media, Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Ismail Sabri mengumumkan dimana untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ke atas 6 daripada 9 daerah di negeri Selangor.

Daerah yang terlibat adalah Hulu Selangor, Petaling, Gombak, Klang, Kuala Langat dan Sepang. Status PKP ini akan mula berkuat kuasa pada 6 Mei sehingga 17 Mei 2021.

Manakala 3 daerah lagi iaitu Kuala Selangor, Sabak Bernam dan Hulu Selangor masih berada di bawah Perintah Kawalan Pergerkaan Bersyarat (PKPB).

Keputusan ini dibuat setelah penelitian dibuat hasil daripada pembentangan daripada Kerajaan Selangor serta merujuk kepada KKM, data HIDE dan juga Majlis Keselamatan Negara (MKN) dimana mengambil kira peningkatan mendadak kes positif COVID-19 di negeri Selangor sejak 20 April sehingga 4 Mei 2021.

SOP Sepanjang PKP 6 Daerah Di Selangor

Dengan itu, pergerakan merentas negeri dan daerah dalam 6 daerah ini adalah tidak dibenarkan sama sekali, kecuali mendapat kebenaran pihak Polis atau urusan kecemasan.

Selain itu, SOP lain seperti premis makanan (restoren, food truck, penjaja dan kiosk) dibenarkan beroperasi dari 6.00 pagi hingga 12.00 malam sahaja.

Kedai runcit, kedai serbaneka dan keperluan harian serta farmasi juga dibenarkan beroperasi tetapi terhad dalam tempoh 6.00 pagi hingga 10.00 malam. Manakala hospital, klinik dan makmal perubatan boleh beroperasi seperti biasa.

Stesen minyak dibenarkan beroperasi dari 6.00 pagi sehingga 10.00 malam bagaimanapun stesen minyak di lebuhraya dibenarkan beroperasi 24 jam.

Untuk operasi pasar harian, pasar tani, pasar awam dan pasar minggu dibenarkan beroperasi dari jam 6.00 pagi hingga 2.00 petang. Bazar ramadan di kawasan PKP masih dibenarkan beroperasi mengikut SOP ketat. 

pkp 6 daerah di selangor

Walau bagaimanapun, keputusan untuk meneruskan ataupun menutup operasi bazar adalah tertakluk di bawah kuasa Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Untuk ketahui SOP berhubung PKP bagi 6 daerah ini, anda boleh dapatkan makluman terperinci melalui laman web MKN di www.mkn.gov.my atau menerusi telegram MKN.

Post a Comment

Previous Post Next Post