Pembayaran Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Dibuat Mulai 24 Februari Secara Berperingkat

Pembayaran Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Dibuat Mulai 24 Februari

Hari ini, Menteri Kewangan, Tengku Zafrul melalui Kementerian Kewangan Malaysia mengumumkan dimana pembayaran fasa 1 Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) akan dibuat secare berperingkat mulai 24 Februari 2021.

Sebelum ini, dalam pembentangan pakej bantuan PERMAI, YAB Perdana Menteri adan mengumumkan dimana pembayaran Fasa 1 BPR dipercepatkan kepada penghujung Februari 2021. Ini pastinya memberi nafas lega kepada penerima yang terkesan dikala pandemik dan arahan PKP berkuat-kuasa pada Januari yang lalu.

Kadar Bayaran Bantuan Prihatin Rakyat

Bagi Fasa 1 ini, RM300 akan disalurkan bagi setiap penerima untuk kategori isi rumah dan RM150 bagi setiap seorang untuk individu bujang secara berperingkat mulai esok (rabu). Ianya melibatkan peruntukan berjumlah RM1.39 bilion.


Kaedah Bayaran

Kaedah ini terbahagi kepada mereka yang mempunyai akaun dan tidak mempunyai akaun bank serta penerima di Sabah & Sarawak yang tidak mempunyai akaun bank.

Kategori Penerima Permulaan Tarikh Pembayaran Kaedah Pembayaran
Isi Rumah dan Individu Bujang 24 Februari 2021 Terus dikreditkan ke dalam akau bank
Perima yang tidak mempunyai akaun bank 25 Februari 2021 Melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN)
Penerima di Sabah dan Sarawak tanpa akaun bank 1 Mac - 1 April 2021 Lokasi akan diumumkan

Pembayaran Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Dibuat Mulai 24 Februari

Sepatutunya pembayaran Fasa 1 ini dibuat pada Mei, tetapi ianya dipercepatkan kepada penghujung Februari 2021. Walaubagaimanapun, tarikh tutup bagi pendaftaran baru atau kemaskini maklumat BPR masih dibuka sehingga 25 Februari 2021.

Untuk maklumat lanjut berkaitan status permohonan, soalan lazim (FAQ) dan sebagainya, anda boleh lihat di portal rasmi BPR iaitu www.bpr.hasil.gov.my


sumber : Kementerian Kewangan Malaysia

Baca Juga

0/Post a Comment/Comments