Marvel Cinematic Universe (MCU) Fasa 4 : Ini Senarai Penuh Tarikh Tayangan

tarikh tayangan Marvel Phase 4 untuk di Malaysia

Marvel baru sahaja mengumumkan tarikh tayangan bagi kesemua filem MCU bagi Fasa 4 untuk tayangan US dan Malaysia.

Peminat filem terutamanya filem siri Marvel pasti teruja dengan pengumuman ini. Manakan tidak selepas kejayaan filem-filem Marvel sebelum ini terutamanya ketika Avengers: Endgame yang mendapat sambutan yang sangat luar biasa daripada seluruh dunia.

Bagaimana penonton mengikuti filem-filem Marvel untuk tempoh 10 tahun sehingga disajikan dengan filem terakhir yang begitu epik. Adakah kali ini kita sekali lagi akan merasai perasaan tersebut?

eternals

Kali ini mereka kembali dengan Phase 4 pula. Pastinya lebih banyak karakter baru, lebih ramai superhero baru yang akan beraksi.

Tarikh Tayangan Filem Marvel Fasa 4

Sepertinya pandemik ini tidak menghalang Marvel untuk menghasilkan filem-filem yang lebih berkualiti selepas ini. Manakan tidak, untuk tahun ini sahaja ada 4 filem Marvel yang akan ditayangkan juga 4 filem untuk tahun hadapan, tahun 2022.

Jadi jom kita tengok tarikh tayangan kesemua filem Marvel Phase 4

Filem Tayangan AS Tayangan Malaysia
Black Widow Julai 2021 Julai 2021
Shang-Chi And The Legend Of The Ten Rings September 2021 September 2021
Eternals November 2021 Oktober 2021
Spider-Man: No Way Home Disember 2021 Disember 2021
Doctor Strange: In The Multiverse Of Madness Mac 2022 Mac 2022
Thor: Love And Thunder Mei 2022 Mei 2022
Black Panther: Wakanda Forever Julai 2022 Julai 2022
The Marvels November 2022 November 2022
Ant-Man And The Wasp: Quantumania Februari 2023 Februari 2023
Guardians Of The Galaxy Vol. 3 Mei 2023 Mei 2023
Fantastic Four TBA TBA

Tak sabar wehhh...



Post a Comment

Previous Post Next Post