Disney+ Hotstar Akan Tiba Di Malaysia Tak Lama Lagi

Disney+ Hotstar Akan Tiba Di Malaysia Tak Lama Lagi

Mesti ramai yang tertunggu-tunggu kehadiran Disney Plus di Malaysia. Ianya bermula sejak daripada pelantikan Datuk Ahmad Izham dilantik sebagai ketua eksekutif Disney Plus untuk bahagian Asia Tenggara.

Sejak dari itulah, ramai yang ternanti-nanti kedatangan platform penstriman Disney Plus (Disney+) ke Malaysia. Buat masa sekarang ini, di kawasan Asia Tenggara, hanya Indonesia yang menerima perkhidmatan ini dengan versi Disney+ Hotstar Indonesia.

Mereka tertunggu-tunggu kerana kandungan yang disediakan pastinya datang daripada produk Disney sendiri seperti filem atau siri Marvel, Pixar, Starwars, Disney sendiri dan banyak lagi.

BACA : Mungkin Ini Hint, Yang Mana Disney+ Akan Sampai Ke Asia Tenggara Tidak Lama Lagi

Disney Plus Hotstar Bakal Tiba Di Malaysia

Jadi dengan berkat kesabaran terutamanya rakyat Malaysia, mungkin dengan petunjuk ini membuatkan ianya sudah hampir tiba di Malaysia.

Manakan tidak, page facebook rasmi Disney Plus Hotstar Malaysia telah ditubuhkan beserta Instagram rasmi mereka. Facebook dengan menggunakan nama facebook.com/DisneyPlusHotstarMY manakala Instagram menggunakan nama instagram.com/disneyplushotstarmy/.

Daripada petunjuk ini, pastinya pasaran Malaysia akan menerima Disney+ Hotstar sama dengan pasaran Indonesia. Tetapi pastinya kandungan eksklusif tempatan turut disediakan selain daripada kandungan globa yang disediakan oleh pihak Disney+

Buat masa ini, tiada tarikh rasmi bila Disney+ Hotstar ini dapat diakses dan dilanggan oleh pengguna Malaysia. Tapi yang pastinya, tidak lama lagi. 

Jadi boleh la tonton series WandaVision lepas ni.

Baca Juga

0/Post a Comment/Comments