Cara Daftar i-Saraan KWSP Bagi Yang Bekerja Sendiri Untuk Tahun 2021

Cara Daftar Akaun i-Saraan Bagi Yang Bekerja Sendiri Untuk Tahun 2021

Bagi menggalakkan mereka yang bekerja sendiri atau tidak mempunyai pendapatan tetap untuk mencarum KWSP, pihak Kerajaan melalui KWSP menyediakan insentif tambahan melalui i-Saraan. Anda boleh ketahui cara membuat permohonan dan daftar disini.

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bertujuan bagi simpanan persaraan. Kebiasaanya, bagi mereka yang bekerja tetap pasti akan ada akaun KWSP. Tetapi bagi yang tidak, anda boleh buat caruman KWSP secara sukarela.

Bermula tahun 2018, Kerajaan telah menyediakan insentif khas bagi caruman sukarela iaitu melalui program i-Saraan. Ianya bagi menggalakkan golongan yan bekerja sendiri mencari secara sukarela mengikut kemampunan.

pendaftaran i-saraan

Melalui insentif Khas i-Saraan ini, mereka akan peroleh sebanyak 15% setahun atau jumlah maksimum RM250 setahun. Ianya berlangsung sepanjang tempoh yang ditetapkan oleh Kerajaan. Walaubagaimanapun, insentif ini terhad kepada ahli yang berumur dibawah 55 tahun sahaja dan akan dikreditkan ke dalam Akaun 1 iaitu akaun persaraan.

Manfaat Ahli KWSP Di Bawah i-Saraan

Dengan i-Saraan ini juga, ahli yang mendaftar peroleh dividen tahunan seperti pencarum lain, bantuan kematian (RM2,500), pengeluaran simpanan, pelepasan cukai dan pastinya insentif kerajaan sebanyak 15%.

Syarat Kelayakan Pendaftaran

Antara mereka yang layak bagi program i-Saraan ini adalah:

  • Warganegara Malaysia (berumur kurang 55 tahun)
  • Ahli yang bekerja sendiri atau tiada pendapatan tetap seperti pemandu teksi, penjaja, petani, nelayan, perunding bebas, suri rumah dan pelbagai lagi.

Jika anda dalam golongan ini, boleh mula daftar sekarang

Cara Daftar Akaun i-Saraan

Terdapat 3 perkara yang anda buat sebelum melengkapkan pendaftaran i-Saraan ini iaitu Daftar Ahli KWSP, Daftar i-Saraan dan Daftar i-Akaun.

Permohonan pendaftaran ini hanya boleh dilakukan di cawangan KWSP sahaja dan di Kiosk. Jadi anda perlu datang ke kaunter bagi urusan ini.

cawangan kwsp

#1 - Daftar Ahli KWSP

Pendaftaran Ahli KWSP boleh dibuat melalui kiosk KWSP. Jadi anda hanya perlu bawa kad pengenalan (MyKad) anda. Untuk daftar i-Saraan, anda perlu menjadi ahli KWSP, jadi sila daftar terlebih dahulu.

Jika sudah daftar, baru boleh teruskan untuk pendaftaran i-Saraan

#2 -  Daftar i-Saraan

1)  Anda perlu terlebih dahulu download borang i-Saraan KWSP 16G (M) dan lengkapkan segala butiran yang diperlukan seperti Nama, Alamat, No IC, Bidang Pekerjaan dan sebagainya.

borang i-saraan 2021

2)  Kemudian download borang i-Saraan KWSP 6A (2) bagi tujuan bayaran di kaunter (ini adalah pilihan, anda boleh juga lakukan bayaran secara online tanpa menggunakan borang)

BACA : Cara Buat Bayaran i-Saraan KWSP Menggunakan Maybank2U

3)  Bawa sekali kad pengenalan diri (MyKad) bagi urusan pendaftaran di kauntern KWSP. Daftar sehingga selesai

#3 - Daftar i-Akaun

Pihak KWSP akan menggalakkan anda untuk mendaftar i-Akaun iaitu akaun KWSP secara online. Anda boleh daftar di Kiosk KWSP sahaja.

Pendaftaran sekali lagi dibuat menggunakan MyKad dengan tetapkan username dan password. Ianya digunakan bagi i-Akaun untuk dipermudahkan pada masa hadapan.

Jika sudah selesai daftar, anda boleh Login i-Akaun anda di https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login

daftar i-akaun 2021

Selesai

Jika terdapat persoalan, anda boleh layari portal KWSP i-Saraan untuk ketahui lebih lanjut berkaitan insentif khas ini.

Baca Juga

0/Post a Comment/Comments